Showing posts with label self-reminder. Show all posts
Showing posts with label self-reminder. Show all posts

Tuesday, July 19, 2016

Need a boost on your own financial management?

Zero HutangZero Hutang by Mohd Zulkifli Shafie
My rating: 3 of 5 stars

Perkongsian pengalaman dan ilmu yang berguna dan mampu membangkitkan semangat untuk mula merancang kewangan peribadi.

View all my reviews

Sunday, November 17, 2013

the most dangerous poison is idle time


the most dangerous poison is idle time

and too much entertainment

the most important vitamin is MOTIVATION

to set up OBJECTIVES in life

the most difficult trait to acquire

is sometimes the WILLPOWER

the hardest way to CHANGE

is actually the easiest thing to do

but without motivation, objectives and willpower ...

without ENLIGHTENMENT

change will forever be the trickiest thing to realize


Thursday, November 29, 2012

bah.. bah ..

Suatu hari di dalam satu perjalanan berkereta ke satu tempat ... berlaku perbualan di antara orang Sabah (A) dan orang Semenanjung (B) dan lokasi mereka adalah di Sabah.

A : Tuan rumah saya nak datang rumah hari ni.
B : Tuan rumah kamu Melayu ke?
A : ... Dia Muslim.

Sekali imbas, A seperti tidak menjawab soalan. Tetapi sebenarnya dia menjawab soalan dengan tepat sekali. Semuanya berkisar tentang stereotaip bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Kenapa saya kata mula-mula bahawa A tidak menjawab soalan? Sebab soalan yang ditanyakan oleh B sepatutnya memerlukan jawapan samada 'ya' atau 'tidak' bergantung sama ada tuan rumahnya berbangsa Melayu atau tidak. Sebaliknya, jawapan yang diberikan adalah agama yang dianuti tuan rumah. Dan kenapa pula saya katakan jawapan yang diberi sebenarnya tepat? Walaupun ia tidak menepati kehendak soalan, ia sebenarnya menepati maksud sebenar yang ingin ditanya B. Ini kerana B berfikir di atas landasan bahawa jika Melayu, pasti Islam, dan sebenarnya B ingin tahu, tuan rumah itu muslim atau bukan.

Sebenarnya B tidaklah bermaksud untuk men'stereotaip'kan faktor itu. Ia berlaku di bawah sedar kerana B orang Semenanjung yang baru sahaja membiasakan diri dengan kehidupan di Sabah. Soalan B sebenarnya tidak salah, tetapi kurang bersesuaian dengan lokasi, kerana telah sedia maklum bahawa di Sabah, majoriti penduduknya berbangsa Kadazan, Dusun, Murut dan beratus-ratus lagi suku kaum beserta cabang-cabangnya. Jika B benar ingin tahu tentang bangsa, maka bangsalah yang patut ditanya, dan begitu juga dengan agama.

Ini juga adalah kerana di Sabah, seseorang itu dikenali secara rasmi identitinya berdasarkan suku kaumnya yang sebenar. Berbeza kalau di Semenanjung, jika orang itu berketurunan Jawa atau Bugis atau lain-lain asal nenek moyangnya, dia tetap dikenali sebagai Melayu di dalam kad pengenalannya. Pendek kata, kalau Melayu itu bukanlah dikira orang Sabah, dan bukanlah majoriti. Masyarakat Sabah yang kaya dengan suku kaumnya yang ramai ini masih kuat mengamalkan adat masing-masing dalam kehidupan. Ini saya katakan hasil pengetahuan yang tidak seberapa dalam adat perkahwinan dan pentadbiran. Sistem pentadbiran di Sabah ini lebih kompleks kerana wujudnya Mahkamah-Mahkamah Anak Negeri di samping sistem-sistem pentadbiran negara yang biasa.

Begitu banyak perkara yang dirasakan seperti rumit, tetapi sebenarnya kehidupan di mana-mana sahaja adalah sama kalau setiap orang menghormati di antara satu sama lain dan tidak membesar-besarkan sesuatu perbezaan yang ada. Dan akhir kata, janganlah disebabkan statistik yang menunjukkan sesuatu angka, kita mula 'stereotaip'kan pemikiran kita. Sebelum berkata-kata, ingat-ingatlah di mana kita berada.



Nota kaki : Islam agama sejagat.

Tuesday, September 4, 2012

buat saja...

solat

kecil-kecil diajar bersolat. mula-mula ikut-ikut dulu. mini kopiah, mini jubah, mini telekung...kiut sangat. ikutlah ikut, walau sujud seperti superman tengah terbang di atas sejadah. bila dah besar sikit, belajar pula wudhu' dan bacaan-bacaan dalam solat. ayah dan ibu sentiasa ajak anak-anak solat berjemaah. terutama si ayah... kalau ayah bukan pemimpin keluarga yang baik, payah. kecil-kecil tak biasa berjemaah, tak biasa diajak ke masjid, bila besar bagaimana nak merasakan roh ummah? ayah dan ibu tegur anak pasal solat. ayah dan ibu sendiri mesti buat. bagi contoh kat anak-anak, baru anak pandang hebat.

bila besar lagi, dah pandai solat, tapi belajar solat tak pernah habis sampai ke hujung hayat. asas teknikal dah pandai, penjiwaan pula diberi tumpuan. fahami maksud, hafalkan surah-surah mudah, bacakan di dalam solat. sebelum itu...wudhu'. tak sempurna wudhu' tak sempurnalah solat. kemudian pergerakan. buat sesempurna mungkin, selagi sihat tubuh badan. lepas solat tambahkan zikir, hebatkan doa. rendahkan diri, tumpahkan air mata, pun tak apa.

ingat diingatkan, biar solat terasa berisi, semakin tua semakin tunduk, bukan tunduk melayan kantuk. tapi tunduk kepada yang disembah, agar sentiasa diberi petunjuk. Tuhan telah menjanjikan, solat itu pencegah kemungkaran. tetapi solat yang bagaimana. bukan yang macam burung belatuk. solat yang sempurna haruslah sentiasa diusahakan.

al-quran

kecil-kecil diajar alif ba ta. kenal huruf kenal sebutan. mula-mula baca muqaddam. kemudian 'upgrade' quran besar. kadang-kadang lagi besar dari tuan punya badan. belajarlah dengan guru mengaji, tidakpun dengan ayah dan ibu jika mereka mampu. belajar tajwid, belajar lagu. tak berlagu pun tak apa asalkan tajwid terpelihara. lain sebut lain maknanya. bukan semua orang pandai bahasa arab. bacalah juga walau tak faham. bila khatam, ramai buat majlis, pulut kuning bagai. bukan wajib tapi galakan. 'motivate' anak cepat khatam quran. tapi lepas khatam jangan terbiar pula, quran berhabuk di dalam gobok. bacalah baca, baca selalu, biar belum faham tapi kumpullah pahala. semakin besar semakin tahu. quran dibaca bukan saja-saja lagi. apa lagi bertadabburlah. jika dulu target nak habis satu juzuk satu hari, kini biarlah faham makna ayat walau satu ayat sehari. baca tafsir pun boleh, belajar dengan ustaz zahazan dalam majalah 'Solusi' atau IKIM FM pun boleh, belajar dengan imam suhaib webb dalam rancangan 'Reflections' pun boleh, tapi lebih baik belajar dengan guru 'eye to eye'. sebenarnya bila dibiasa-biasakan...akan terkesan juga di dalam hati, akan terasa juga keindahan kalimah Allah, walaupun pada permulaan mungkin rasa biasa-biasa. teruslah istiqamah, agar lafaz kepercayaan dan keimanan kita bukan hanya sekadar di mulut, bukan sekadar taqlid, tetapi turut terasa di hati dan di dalam jiwa.

insyaAllah, bila amalan meresap di dalam jiwa, dunia terasa lebih bahagia...


Nota: kata-kata di atas bukanlah satu leteran atau ceramah tetapi hanyalah kata-kata peribadi merangkumi harapan dan impian penulis untuk dirinya dan anak-anak buah serta 'bakal' anak-anaknya.


Saturday, August 13, 2011

Ramadhanku Merdeka

Alhamdulillah, selesai sudah solat tarawih. Pejam celik pejam celik, rupanya tinggal lebih kurang 17 hari lagi kita berpuasa. Sekejapnya rasa kan? Macamana agaknya puasa kita yang telah selesai, adakah diterima Allah swt? Terima ke tak terima, Allah swt sahaja yang tahu. Tapi sebenarnya kita juga boleh menjangka sendiri sejauh mana ibadah kita diterima. Gitulah sedikit sebanyak sepertimana yang ustaz sampaikan tazkirah kat surau tadi bagitau. Katanya, puasa kita mungkin sah, tapi kalau kita tak jaga diri kita elok-elok, pahala puasa boleh terbatal. Jadi apakah yang boleh 'membatalkan' pahala puasa kita? Antaranya berbohong, mengumpat, memfitnah, melihat sesuatu sehingga menimbulkan syahwat, tidak menjaga aurat dan lain-lain lagi yang bagi kita yang sempurna akalnya ini boleh fikirkan sendiri. Cuma kita ni kadang-kadang terlupa.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Letih dan lapar tu mainan perasaan. Alhamdulillah, terasa seperti puasa pada tahun ini terasa lebih baik dan lebih aman berbanding tahun-tahun yang lepas. Harap-harapnya perasaan aman dan tenteram itu kekal hingga ke akhir Ramadhan, malah berterusan selepas Ramadhan. Apabila berpuasa, kita lebih menjaga tatatertib kita, dan bila tertib kita lebih terjaga itu yang kita rasakan aman damai. Damai di fikiran, damai di hati, damai di perut, dalam jasmani. Semestinya banyak lagi yang perlu diperbaiki. Solat sepertiga malam masih sukar untuk dilakukan. Semoga dipermudahkan.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Hujung minggu macam ni kenapa duduk depan tv je sepanjang hari? Tengok tv, tengok fb, tengok tv, tengok fb, sampai waktu nak berbuka. Kan ke banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan...antaranya...

Mengaji (cuba memperbetulkan bacaan, dan menghayati maknanya)
Membaca (buku-buku yang baik isi kandungannya)
Mengemas rumah (janganlah barang yang dah expired 4, 5 tahun lepas pun tersimpan lagi dalam kabinet)
Menonton rancangan ilmiah (sekarang ni dah banyak rancangan yang menarik, janganlah asyik tengok drama je)

Semoga puasa kita lebih berkualiti di hari-hari yang masih bersisa ini....

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Ramadhanku merdeka. 1 Syawal hari kemenangan. Tahun ini, kemenangan berganda. InsyaAllah hari kemerdekaan negara kita yang ke-54 jatuh pada hari raya ke-2.

Ramadhanku merdeka. Kenapa merdeka? Kerana kita bebas untuk mengamalkan ajaran agama kita. Kita bebas untuk menunaikan puasa. Kita tidak harus berpuasa sembunyi-sembunyi seperti umat Islam minoriti Uighur di China. Kita tidak perlu mengikat perut, berpuasa dalam penuh kedhaifan seperti umat Islam di Somalia. Maka tak mahukah kita untuk bersyukur? Tidak mahukah kita ambil pengajaran?

Semoga Allah swt mengampuni segala dosa.

Thursday, June 16, 2011

hanya di radio...

....Teringat pulak pada satu hari aku terdengar satu program bual bicara ni kat radio..tak pasti pulak masa dalam perjalanan ke tempat kerja atau dalam perjalanan balik...biasanya aku masuk keta je aku check channel ni, adakah kena masa program bual bicara atau tidak, kalau kena aku dengor la, kalau tak, aku layan mp3 aku je..aku tak kuasa dengor program2 lain...panggilan hangit ke, tengik ke, den tak kuaso nak dongar...sama ada program berintipati atau halwa telinga pilihan sendiri...so, apa-apa lagu ngetop dalam carta sekarang pun aku tak tau..maka aku adalah ketinggalan zaman dalam department itu..tak kisahlah

....Apapun aku dah terbabas dah nih, menda yang aku nak cakap tadi ek?.. Ooh, program tu...aku tak dapat nak dengar lengkap dari awal sampai habis, sekadar sebahagian..tapi part yang aku dengar tu menarik pulak..tetamu program ni mengatakan, suatu hari anak dia menangis-nangis di rumah kerana nakkan ibunya, sedangkan ibunya bekerja shif malam, dia sebagai bapa ingin memujuk anaknya...Ok, selalu kita dengar kita pujuk anak-anak begini, "Ibu/Ayah pegi keje, nak cari duit...nanti nak belikan adik baju Ultraman, mainan (etc.)". Menurut tetamu ini, kata-kata sedemikian seolah-olah menanamkan idea dalam minda anak-anak bahawa ibu bapa ni keluar untuk menjadi hamba duit, atau menjadi orang yamg meminta-minta. Lagi satu, dengan berkata sedemikian, seolah-olah kita menjadikan sesuatu mainan itu (atau apa saja objek yang menjadi bahan pujukan anak-anak) punya kuasa atau tahap yang labih tinggi dari ibu dan bapanya..kerana, jika ibu atau bapanya tidak membeli atau mendapatkan benda-benda itu, anak-anak tidak mengumpamakan mereka. Kalau dapat, anak sayang ibu, anak sayang ayah. Tapi kalau tak dapat, anak menangis, merajuk.

....Maka, menurut tetamu itu lagi, bukankah lebih baik kita menyemai nilai-nilai yang lebih baik dalam fikiran anak-anak kita tentang ibu bapa mereka yang keluar bekerja. Isteri tetamu itu adalah seorang jururawat. Maka tetamu itu menerangkan pada anaknya, dengan menjalin kaitan dalam kehidupan, lebih kurang begini.."Apabila kita sakit, atau jatuh dan luka, kita perlukan ubat untuk sembuh, kan? Maka, kita ke klinik atau hospital. Di sana, jururawat yang meletakkan ubat dan membalut luka kita. Nah, itulah yang ibu buat di tempat kerja. Ibu keluar kerana ada ramai orang di luar sana yang perlukan bantuan ibu...".

....Dalam kata lain, kita menumpukan peranan ibu bapa yang bekerja di luar sana, bukan sebagai orang yang meminta dan mencari, tetapi sebagai orang yang memberi, orang yang menyumbang. Setiap kali apabila anak bertanya, terangkan menggunakan pendekatan begitu, lama-lama anak akan memahami bahawa ibu bapanya mempunyai tanggungjawab penting di luar sana. Lebih kurang begitulah yang sempat aku dengar, mungkin penerangan aku tak sebaik penerangan asal yang disampaikan oleh tetamu jemputan itu, namun diharapkan konsepnya masih menepati. Topik ini menarik minat aku, sebab rasa-rasanya aku sendiri pernah terguna cara yang kurang sesuai itu pada anak saudaraku masa diorang kecik dulu-dulu.

....Ia mungkin topik yang dirasakan kurang penting, tapi bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Menjaga anak ni bukan setakat cukup makan, pakaian dan sekolah sampai tamat, tetapi pendidikan rohani, ilmu kehidupan dan pembentukan pekerti dan jati diri juga sangat perlu diutamakan, kan..

~tamat alkisah~

Tuesday, May 31, 2011

sembang rawak....belajar

Perasaan dan minat tu memang sentiasa nak belajar.
Teruja pun ada...sebab rasa nak tahu sangat dan nak mahir dalam bidang tertentu.

Cuma, mungkin apa yang dipelajari tu...agak tak selari dengan laluan hidup semasa.

Orang yang memang nak belajar, patut diberi peluang.
Orang yang tak minat belajar...sama ada dia memang tak minat..itu boleh lah didorong (bukan dipaksa).
Tapi mungkin juga dia minat bab lain.

Ibu bapa....memang suka kalau anak dah besar esok dapat kerja yang baik-baik. Sesetengah budak-budak dah terserlah kecenderungan atau bakat semasa kecil lagi. Itu semua sebahagian daripada proses pembentukan personaliti atau 'trait' kanak-kanak yang akan mempengaruhi aktiviti dan kecenderungan mereka apabila mereka membesar nanti. Itulah yang ibu bapa perlu perhatikan dan cuba dorong. Cuba cari jalan supaya kanak-kanak itu ada peluang untuk menjelajahi bakat dan kecenderungan mereka. Kalau anak-anak mereka kelihatan pasif atau biasa-biasa aje atau terlalu 'am', ibu bapa perlu teroka minat anak-anak mereka dan cuba libatkan mereka dalam pelbagai genre aktiviti supaya dapat dilihat ke arah mana mereka selesa. Sudah tentu, usaha ibu bapa itu haruslah mengikut tahap umur anak-anak mereka, janganlah pula kita memaksa anak belajar semua benda sekaligus, kesian anak tertekan pula nanti.

Itulah ibu bapa...harus menyediakan landasan untuk anak-anak mereka. Hingga pada satu tahap, atas bantuan itu, anak-anak dapat melihat potensi diri mereka dan boleh mengemudi jalan mereka sendiri selepas itu.

Jangan biarkan anak-anak membesar berseorangan. Anak yang berotak bijak, tetapi tidak melihat ke hadapan secara khusus, walaupun belajar pandai, periksa dapat nombor satu pun, kalau tidak tahu mana nak tuju pun, akan melalui satu lengkungan 'trough' di dalam hidup mereka. Bukan mereka tak boleh berjaya, tapi laluan hidup mereka mungkin menjadi agak sukar atau agak lambat daripada orang lain.

Entah kenapa dari minat belajar boleh masuk bab pendidikan dan parenting pulak ye. Just my two cents.

Sunday, May 22, 2011

Siap

Siap

siap sedialah
untuk sebuah pertemuan
yang didamba, yang dinanti

siap sedialah
untuk sebuah penyatuan
pabila hidayah-Nya meresapi jiwa

siaplah kamu
untuk cekal, untuk redha
jika kasih malap sebelum senja

dan siaplah kamu
untuk hari-hari terakhirmu
yang pasti ada
yang tidak pasti bila

siaplah...

The Dreamer©2011

Sunday, April 3, 2011

a healthy note

...
This is just a simple note about health.
I have been bombarded with questions such as these;

i. Are you sure that your internal organs now do not have any problems?
ii. When do you usually go to hospital?
iii. What are the three most important things in your life right now?
iv. Do you know what is 'silent killer?'
...and some more...

The fact is,
if you ask most people (including myself), they'd say that health is the most important thing in their life. Without good health, you cannot work. Without employment, you don't have means to survive and provide for your family. Without good health, you do not have the strength to take care of your loved ones, especially those who need special care. Without good health, you cannot enjoy your life and have the ease of mind.

The fact is,
the silent killers are heart attack, cancer, diabetes and stroke. Those are the main culprit of majority Malaysians, and I dare say of the global community. The sad thing is these illnesses do not have symptoms that you can detect early. Most of the cases are detected when they are already in serious stages. And these illnesses have been known also to attack the younger generations, not just senior citizens. How many people that we've heard, who seemed fit as a bill but suddenly fall down and died without warning? Yes, we have heard of the many notable person in our society but what about those who were just simple people and unknown? How many has become victim of these silent killers?

The fact is,
the government can only do as much to provide a good healthcare system to all 27 million of us Malaysians. But we cannot rely solely on public healthcare. True, with only RM 1 for registration we can get consultation, blood test and medications, but is it enough? How much can we know about our health status by a simple blood test?

Most of us, including myself, only go to see a doctor when we feel sick and unwell. Most of us don't have the awareness to go for full-body medical check up at least one a year and make it an annual habit. Sometimes the signs are there but we don't attend to them seriously. A yearly complete and comprehensive full-body medical check up can keep you up to date of your physical health and most importantly, to detect any signs of abnormalities at the earliest stage. In that way, we can take actions to prevent those signs from becoming a death sentence for you.

But then come the dinero effect. Correct me if I'm wrong but as far as I know, we cannot make a full medical check up at public hospitals and clinics. It is only available in private and semi-gov hospitals. And the cost does not come cheap. In average, a full 22+ tests and check ups including CT scans and MRI can cost RM 3,500 and it has been increasing steadily from the previous years. Who knows how much it can be 5-10 years ahead? 

Health is not cheap, especially when you don't have it anymore and dependent on medications and treatment which can make you part with thousands of dollars every month. And medical insurance can never be 100% assured to help you. Sometimes, rejections and dejections can happen.

Therefore, it is a no brainer that we have to be serious with our health. Say it any way we like but prevention is definitely better than cure. For those who just started their career, it is important to see further on to the future. It is important to have a car and a house, it is also important to invest, but life and health is also an investment. The more you put your effort in securing it, the more it will sustain in God's will. Securing an amount from your monthly pay for a yearly check up or finding a good health programme that allows you to make installments is part of the things you can do for early prevention.

We can never know what lies ahead of us, because it is God's mystery and only He knows. That is why we have to put our effort to make our lives better. Usaha, doa dan tawakal. Effort, pray and leave the rest to God. But it is never tawakal before effort and pray. Effort is always the first step. After all that we managed to do, if we still have illness, then it is God's will. There's a reason for everything. Always, we cannot see it with our eyes....but we can see it with our heart.

Live life.

Friday, March 18, 2011

makanya..

...kadang-kadang frust juga bila kita perlu buat sesuatu tanggungjawab demi kelangsungan hidup kita di bumi Allah ini, tetapi masa itu kita sangat berat hati...mungkin setan banyak bergayut di pelupuk mata, telinga, jari-jari tangan dan sebagainya..makanya kita asyik la tekun dengan kegiatan-kegiatan yang bermoral tapi tak kena tempat dan masa..

...kadang-kadang dilema juga, bila kita tak nak buat dosa, tapi langkah2 yang akan mengelakkan kita buat dosa tu, jika diambil selalu akan menyebabkan kita kekurangan merit...lantas, mana lebih utama, merit di dunia atau merit di akhirat? dah tau tanya lagi...tapi sedikit sebanyak masih ada dilema, makanya...kenalah cari alternatif lain...

...bukan saya tak mahu bersuara dengan awak, tapi saya rasa seperti kita ni magnet yang sama kutub, bila sama kutub mana nak melekat kan...saya tak suka berada dalam keadaan bosan dan tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu...makanya, sebab tu lah saya cuma bersuara apabila perlu dengan awak, saya tak nak bergantung dengan awak, saya ada stigma terhadap awak la...

...kita selalu ingin berhijrah dan cuba keluar dari yang norma, tapi kita selalu juga umpama aiskrim yang cair sebelum sempat dimakan.....meleleh-leleh, akhirnya dikesat dan dihilangkan...makanya, tidak ada cara lain lagi, it's do or die..

Makanya...
usahlah ditanya lagi...dah tau, buat je..tak perlu dicari sebab demi justifikasi sendiri..

Wednesday, March 2, 2011

Katakanlah Kata Kata

Aku kagum dengan orang yang boleh bersuara demi kebenaran. Samalah juga dengan orang yang tidak segan menyatakan pendirian. Begitu juga dengan orang yang tidak mudah gumam dan kelu apabila dilawan.

Tapi....

Aku tidak gemar mendengar sesuatu perbualan berunsur kritikan mengenai orang lain pada tahap yang berlebihan. Memang kita berhak meluahkan perasaan tidak puas hati kita. Tetapi ..... perlukah kita berlebihan mengkritik seseorang seolah-olah orang yang kita perkatakan itu sangat bodoh dan tak ada otak? Sedangkan orang yang diperkatakan bukanlah sebegitu... mungkin kadang-kadang kita tersilap, kita kan insan. Kadang-kadang tersilap cakap. Sometimes, people can be harsh with their words when it is concerning other people. Tapi kalau tentang diri sendiri, tahu pulak berkata yang semua manusia boleh buat kesilapan. Itulah kita.

Mungkin aku juga pernah begitu tanpa disedari. Tapi harapan aku agar aku tidak akan sekali-kali merendah-rendahkan seseorang dihadapannya mahupun di belakangnya. Dan, kalau aku ingin meluahkan perasaan tidak puas hati ku akan seseorang pada satu orang lain yang aku percaya, haruslah aku menjaga lontaran suaraku agar hanya didengari oleh orang itu. Dan menjaga tutur kataku agar tidak berlebihan. Jika ia bukan untuk pendengaran orang lain, jadi mengapa perlu sebaliknya, kan? Dan lagi, kenapa tak sound direct je kan pada yang berkenaan? Hmm...nak sound pun, agak-agak la berhemahnya, janganlah kita terjah je, kan? Orang lain pun ada hati dan perasaan.


Saturday, January 15, 2011

Deep

This morning..the pleasant breeze is so nice, amidst the not-so-distant mild buzzing of the morning Saturday traffic. But since my room is on the other side of the house, I only enjoy it at the other window briefly. No, I am not going out, not just yet. I have something to do for today. Some work. I don't usually bring work home, just only when I need it. Anyway, there's a need to gather up the mood and spirit to start doing what I plan to do, and somehow, that need is translated to get into the virtual world and checking for updates. Then I saw something, an image. A creative effort of immortalizing the moments that you cherish. An image that will make you stay like the way you are now, even for thousands of years, doesn't make you older. I saw it, and I felt something. Well, I am still feeling it. A mixture of things. A bit of happiness, to see a happy moment. A sunken feeling, to unfulfilled dreams. Mine? Yes. The case is similar, yet something is different. A lot, actually. 

Funny, I thought. People can find the sense of belonging within each other, amidst the obvious differences. Funny..but it is reality. Funny, when you meet someone for the first time, but you feel that you've known that person for a long time. The comfortable feeling, the understanding, the unspoken words yet by a look it mends everything. When you feel it, you know it. But sometimes it is hard to bear, when distance is involved.

Yes, it is difficult.When everything now has to be done between thousands of miles. But still, the feeling is fresh...and never stop blooming. You dream for a better situation, yet when keeping the reality in check, you know, it won't happen so soon. Thus, the sunken feeling.

I keep on surfing....and I found this,

Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?Jawapannya ialah taubat dan ‘istighfar’ iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya)
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…” (Surah Hud: 3)

Full article can be read here: Minda Tajdid

Yes, maybe I haven't prayed enough. Maybe I haven't fully recognized and analyzed my deeds and doings. All my efforts, are nothing without His Blessings. Thus.....

I cannot stop trying....
..and I have to keep going on...

Sunday, January 2, 2011

Zero to One

ZERO

The final week of 2010 is spent at my hometown. Whenever I am back, I'd have a change of mode. Less FBing, blogging, e-mailing, Farmvilleing (less...but doesn't mean none). In short, less destruction to the eyes from the glaring computer screen. Instead, every day I plan what to do for breakfast, lunch and dinner to a family of 8 in this family house. Practically, me being home means cooking-holiday for mom, in which I don't mind at all. Also playing with the li'l 'uns and find that their older sisters and brothers have grown many inches taller than the last time I saw them. Kids, how fast they grow..and they are not even eating calci-yum..hihi..

However, this 9-day holiday is by far, the longest holiday I've ever had for this year. For the final 2 days I am starting to feel a li'l bit restless..uh oh, don't get me wrong, I am not actually rooting for my working days just yet..it's just a feeling..the weather is not helping at all, well...what else can you expect for Malaysian weather in December? Rain, rain, and rain..significantly at the eastern coastal area of Peninsula Malaysia, where I am now.

At the time of writing this, it is 1 hour and 15 minutes counting to the new year. Yep, 2010 is leaving and 2011 is coming. Suddenly I remembered my 2010 resolutions. There were 2 main things..and they need more than a year to be fulfilled..plus, some more new wishes for the next year..insyaAllah, I will continue to fulfill all of my dreams.

ONE

I just want to be a happier person.

Within that one sentence, there's a lot to carry and do.

InsyaAllah.

Happy New Year 2011, my friends.

Thursday, December 9, 2010

Kau dan aku 2...

I am feeling like a train wreck because of a revelation. A life's experience is the true teacher to those who experienced it. I heard the words "redha", "hikmah" and "ketentuan Ilahi" a lot. I used them, a lot. I thought I knew the meaning. Literally, of course. But never I imagine the true meaning of those words and the powerful emotion they bring.
I have a friend who had her life journey so profoundly...life changing. People talking, they don't know anything. I, also don't know much. But knowing her, I knew that she knew what she had gotten herself into. Sometimes, explanation is unnecessary. Just faith, a strong conscious and integrity. And belief, believing that there are reasons for everything, and Allah swt knows it all. I never had an inkling of doubt of her, I never did. I am happy if she's happy. When she was tested, and God tested her hard, my heart went for her. I couldn't reach her, and she didn't want to be reached. But my heart is always with her, and so do my prayers.
Finally seeing her again, hearing what she said, the revelations were stunning, and it touched my heart and my soul. I feel sorry for what had happened, but...one thing led to another, and I had been thinking that her previous adventure, are forming the base where her feet could land now, in the present. Allah is Most Gracious, and will not test us if we are not up to it.
It seems difficult to define exactly where does this train wreck feeling come from. It is a mixed feelings of sadness, feeling down, and feel so little. I was thinking that if I had the same experience as her, how would I take it? Would I have the strength? Would I stay sane? Sincerely, I don't know. Her journey had made her see things differently, her insights are through her heart and mind, while mine is only the eyes.
While we have our own journey set in front of us, while we have our demons to battle, while we have the raging war inside us...we cannot stop ourselves from trying to understand what is meant for us to understand, to learn what is meant to learn. A day full of good deeds and improvements followed by a day of broken rules just cancel out each other. What a waste. This is my test. And this is my battle to be won.
A meeting of old friends turned into a heart-touching revelation. It felt suffocating a little, maybe I wasn't ready. But it had impacted me. Pulling myself together, is what I am doing. May I have the strength...

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah..

Alhamdulillah, 1 Muharram 1432 H kini tiba. Setahun telah berlalu dan tahun baru menjelang dengan gemilang. Bila tahun baru hijrah menjelma, selalu kita dengar akan 'hijrah', 'pengorbanan', 'pembangunan ummah' dan sebagainya. Selalu kita diingatkan dengan kisah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan bermulanya zaman kegemilangan Islam. Selalu....selalu...tapi kita kadang-kadang mudah lupa. Selalu...lupa. Termasuklah saya, si tukang tulis. Saya tidak mampu untuk menulis tentang pengorbanan para nabi dan rasul, saya tidak mampu untuk berhujah dengan ayat-ayat Allah, saya tidak mampu....

Namun sebagai umat yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya, kita mampu untuk menyoal kembali diri kita sendiri..

Apakah aku telah menjadi seorang bapa dan suami yang baik? Apakah aku telah menjalankan tanggungjawabku terhadap isteri dan anakku dengan sempurna? Apakah aku telah menghargai segala usaha isteriku menyediakan segala yang terbaik buatku dan anak-anak di rumah? Walaupun dia juga sibuk bekerja? Apakah telah aku ucapkan sayang dan cinta kepadanya bukan saja pada hari lahirnya atau ulangtahun perkahwinan kami, tetapi pada hari-hari biasa?

Apakah aku telah menjadi ibu dan isteri yang baik? Apakah aku redha dengan apa yang suamiku mampu sediakan buat kami sekeluarga? Apakah aku selama ini ikhlas memasak, menggosok baju, mengemas rumah dan sebagainya dengan rasa kasih dan puas hati dan bukannya diselangi rungutan? Apakah aku pernah menunjukkan 'tantrum' kepada suamiku hanya kerana kami tidak dapat balik kampung kerana suami dipanggil bekerja?

Apakah aku telah menjadi anak yang baik? Apakah aku sentiasa merindui untuk melihat wajah ibu dan ayahku dan sentiasa merancang untuk pulang ke kampung? Apakah aku telah untuk menggembirakan hati ibu dan ayahku dan bukannya merisaukan hati mereka? Apakah aku pernah ego dengan teguran mereka sehingga langsung tidak dapat menerima? Apakah aku pernah mendoakan kesejahteraan mereka?

Apakah aku seorang kakak, abang atau adik yang baik? Apakah aku selama kini menghormati adik-beradikku dan meluahkan kasih sayangku secukupnya? Apakah aku pernah mencemburui segala kelebihan mereka di mana sepatutnya aku bergembira? Apakah aku pernah mengabaikan mereka di mana mereka memerlukan pertolonganku? Apakah aku sentiasa menjadi support system di dalam hidup mereka?

Apakah aku telah menjadi kawan yang baik? Kawan yang sentiasa membantu, mendengar dan menghargai kawannya yang lain? Apakah aku telah menjadi kawan yang menegur perkara yang silap dan menyokong perkara yang benar? Apakah aku sentiasa menjaga hati kawanku dan tidak segan meminta maaf andainya tersilap? Apakah aku pernah menunjuk-nunjuk dengan kelebihanku dan merendah-rendahkan mereka yang kurang sempurna daripadaku?

Apakah aku pekerja yang baik? Apakah aku telah bekerja dengan hati seikhlas mungkin dan melakukan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab? Apakah aku amanah dalam tugasku, bukan sahaja amanah dalam urusan wang tetapi juga dalam urusan masa?

Apakah aku manusia yang baik dan bertanggungjawab? Apakah aku telah menjaga persekitaranku? Apakah aku telah menjaga amanah Allah iaitu menjaga alam dan segala isi kandungannya dengan baik? Apakah aku pernah melemparkan sampah dari dalam kereta semasa sedang memandu? Apakah aku pernah membuang sampah dari tingkap apartmentku? Atau longgokkan sahaja sampah itu di mana-mana?Apakah aku telah memandu dengan berhemat lantas menjaga keselamatan diri sendiri dan pengguna jalanraya yang lain?

Apakah aku hamba Allah yang baik? Apakah aku bukan sahaja menjaga solat, malah menjaga segala rukun dan tertib lakunya? Apakah aku sentiasa redha dengan ketentuannya? Apakah aku sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan memahami serta mematuhi segala suruhanNya? Apakah aku telah cukup bersabar dengan dugaan yang datang dalam pelbagai cara dan rupa? 

Pasti kita dapat menjawab segala persoalan tersebut...dan pasti ada jawapan yang perlu kita perbaiki.. ..Semoga dengan kedatangan tahun yang baru ini kita mendapat semangat baru untuk memperbaiki diri kita secara keseluruhannya. Kita tidak harus meminta supaya ditiadakan ujian dan dugaan, sebaliknya kita harus meminta kekuatan dan pedoman untuk menghadapinya. Semoga kita beroleh kekuatan itu. Amin.

Friday, November 19, 2010

Tahun depan nak buat apa...?

Pelan...pelan...pelan...2011 dah nak sampai. Dah ada perancangan untuk tahun depan? 2010 masih ada baki sebulan lebih, tapi aku rasa macam dok dalam buffer zone, atau zon berbulan madu. Dah malas nak fikir apa lagi nak kena buat tahun ni, tapi bersemangat pulak nak rancang tahun depan. Memang, kadang-kadang kita ni memang suka buat rancangan...nak pelan bagus punya, pelan cuti, pelan kerja, pelan balik kampung, pelan bajet, pelan itu, ini...tapi tang melaksanakannya tu, cerita lain pulak. Tapi nak pelan sangat-sangat pun, susah jugak...susah nak teropong apa yang bakal ada kat depan tu.

Jadi, dah ada planner atau organizer untuk tahun depan punya? Ke nak tunggu organizer opis anda punya? Kalau opis saya, agaknya dah berbulan masuk 2011 baru dapat kot...isk isk. Apapun, ikut suka andalah, kalau anda nak tahu bila tarikh cuti sekolah dan kelepasan am untuk tahun depan, boleh klik sini..



Selamat merancang.  

Monday, September 20, 2010

Time..is Golden

The Rule of Forefinger :

1. If you caught yourself staring at the computer for more than 15 minutes and your cursor is static since time immemorial - it's time to move on to another task, or better...shut down the computer and have a break, have a Kit Kat!

2. If after having a Kit Kat, you still find yourself unable to continue - pack your bags and go home.

3. If it is impossible for you to go home - it's time to change your career into acting, and act busy, so people think that you are still doing your work.

4. If guilt still hasn't landed in your mind yet - perhaps you can turn to blogging, call your mom, texting, gossiping etc. etc.

5. If finally you think that you are wasting the taxpayers money for paying your salary working unproductively (aka 'ngabihkan bogheh yo') - it's time to remember Surah Al-Asr and GET BACK TO WORK!!


In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

By (the Token of) Time (through the Ages),
Verily Man is in loss,
Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy.

(Qur'an: Surah Al-'Asr, 103:1-3)


Note: Qur'an translation taken from 'The Meaning of The Holy Qur'an' by 'Abdullah Yusuf 'Ali.

Sunday, July 4, 2010

Welcome 2010!

A year has passed...another year has come...and I never failed to write something about new year every time it comes. Resolutions....I thought I've already bored to think about it. Can we passed by a year without having resolutions? Some people seemed to already have enough of it, I heard on the radio this morning that one caller said that his resolution for this year is not to make any resolutions, hah! It was just a snippet on the air so I didn't get to know why he said that. But to me, whether we like or not, whether we've already bored with it or not, actually we make it every year, sometimes we just didn't realize it. There must be one time in our mind that we think of something that we want to get, we want to achieve or hope for in the future, whether it is achievable or not. There's no need to deny it. We always want to work on something until we get the result that we wanted. At the early stage, we always feel high-spirited to go and strut our stuff. Anyway, sometimes we will lose the drive as time passes by..let's say, mid-year, or quarter of a year...That's why DRIVE is important. We should tell somebody about the resolutions that we have made. Tell it to somebody whom we care for and also care for us. After that, we will feel that this person has indirectly become our 'observer', or the person whom we want to prove ourselves that we can 'walk the talk'.

One of the mistakes that we always do (..and what I did..) when we make our resolutions is to make it too general. Sometimes we like to generalize things too much that in the end, we don't know whether we have achieved it as we initially wanted it or not. "I want to be a better person this year"...we might have said that last year. So ask yourself, "Have I been a better person than before?" "How can I measure it in order to know that I have achieved it or not?" Well, can you? For example, you might better set it like this, "I promised myself not to throw tantrums in front of my boyfriend in public like before." So, how's the score? Have you achieved it? No? Only once? Well, it was better than 5 times last year. Then, you can move on. In other words, you have taken one step ahead to be a better person. So, the keywords here are;
ACHIEVABLE..BE SPECIFIC..MEASURABLE

Just now I have mentioned something about DRIVE. Like a marathon runner, we should have that air pistol to start the race and the cheering crowds all the way to keep us running to the finishing line. Lately, I am enjoying 'The Biggest Loser' show quite a lot. It's amazing to see big size people, committing themselves for several months to lose weight and by the time of the finale they become totally different people. They become persons of the same identity but with new spirit to live and new mindset. Of course, they have their trainers, eating and exercise discipline, but they cannot stay there tolerating each other and enduring all challenges if they don't have the drive. It could be about money. It could be about freeing themselves from being bullied. It could be about wanting to fit into a dream dress. It could be about being healthy and wanting to live longer for the sake of their families. Whatever it is, they have the reason to get going. And that is the thing that we must have to make our resolutions become reality.
And so....yes, I do have resolutions. I have two for this year. I have told them to someone. They can be achieved, they are specific and they can be measured. In fact, I have already started to work on one of them and I will start on the other one anytime soon. Last but not least, I hope by the end of this year, I would be able to tell the result in this blog and I wish everybody else all success. Give all efforts and ask The Almighty for the blessing and the strength to move on. Au revoir....

Sunday, January 3, 2010

KA-CHING!!

Tell me, who does not need money? Imagine ourselves as a single dot on a piece of paper. If you don't have any money, you will be that single dot all your life. Nobody wants to keep a piece of paper with a single dot on it. That paper will end up being thrown away....or at best...being sent to a paper recycling center (conserve the nature!!). There now, if you have a lot of money, or even some, that single dot can be a line, extending and extending, turning, curving, dancing and prancing....on that piece of paper that will eventually turn into your investment certificate, or a land or house grant that you just bought, or your business license, or at the very least...your high school diploma. Just don't turn it into an IOU deal with Mr. Ah Long, please...
Along with the spirit of new year, most people would love to have a bright future with their financial management. Well, count me in...But, let's not go into the big things, the extreme measures. We will leave that to the professionals and so let's get the advice from them. For me, what I want to do for a start is to think about the way I can manage my everyday life and find that extra ringgit that I can save. 

Budgeting
First, I should have a budget, of course. I had been making budgets many years ago but I still couldn't find myself saving millions..of course, how could I save millions? But the point is, we have to be smart in making a budget. There are a lot of resources for us to find the idea of making a budget. When we have already made one, we have to stick by it.

Shopping list
    The mistake that I always do while shopping is not preparing a list beforehand, or if I do make a list, sometimes I don't follow it too much. When I don't have a list, I tend to buy things on impulse. Everything seems to be needed at that moment and if I don't buy it right away, I don't know when I will buy it again. So, I end up walking aisle by aisle, spending a lot of time, a lot of energy and a lot of money. The fact is, the things we need will always be there as long as we live. And the special sales will never stop, we can find that 70% discounts throughout the year 'cause they will make it for every celebration or anything else within reason. When we've already made the list, we have to follow it. We can have as many lists as we want, Plan A, Plan B or even Plan Z list, but it is best if those lists are not contradicting with our budget.

Munch..munch
    Oooh...the delicious aroma of freshly baked sweet breads, pretzels, roast chicken and other human creation in the food domain tantalizing all my senses as I walk along the food sections. I usually don't care about my eating time, and usually there's not much to eat at home, so I always became hungry while going out. And I used to have a thing with fast food. Now, a snack plate or value meal might not be less than RM8. Do the math and figure out the amount I can save if I satisfy my hunger first before going out. Unless your intention of going out is to eat, considering cooking 'lauk bujang' (..and I don't mean Maggi mee...), you might have spent only roughly RM3-5 per day. So, I better eat before going out. Going out with a full stomach will make me feel less tempted to try the latest menu on the dish.

Mobile extra
    The whiz in telecommunication companies are always thinking of the ways to get you spend more on their products. It's a lifestyle of modern people they say. The new way to get connected. Okay, maybe getting connected is really important, especially to those who do business by the phone, but we might be able to cut off the unnecessary service. In my case, I planned to cancel that caller ringtones I've had for many years or just reduced it to only one.

There...what else can I do? Generally, we can do many other things such as canceling magazine subscriptions that we don't have time to read, or if you have too many packages in your cable tv subscription, you can cancel the one that you rarely watch. Don't even go to the shopping mall if you have no intention to buy anything, because you will end up buying something you don't really need. Well, I have done that before. Maybe you are a movie dvd freak ( like I used to be.. ) and can't get your hands off those interesting ones every time you see them. Well, there must some of them in your collection that you only played once and does not matter much to be separated with...sell them... ( like I did..). And this applies to other things too.

So, lets re-organize our life and start anew. Happy saving.