Tuesday, May 31, 2011

sembang rawak....belajar

Perasaan dan minat tu memang sentiasa nak belajar.
Teruja pun ada...sebab rasa nak tahu sangat dan nak mahir dalam bidang tertentu.

Cuma, mungkin apa yang dipelajari tu...agak tak selari dengan laluan hidup semasa.

Orang yang memang nak belajar, patut diberi peluang.
Orang yang tak minat belajar...sama ada dia memang tak minat..itu boleh lah didorong (bukan dipaksa).
Tapi mungkin juga dia minat bab lain.

Ibu bapa....memang suka kalau anak dah besar esok dapat kerja yang baik-baik. Sesetengah budak-budak dah terserlah kecenderungan atau bakat semasa kecil lagi. Itu semua sebahagian daripada proses pembentukan personaliti atau 'trait' kanak-kanak yang akan mempengaruhi aktiviti dan kecenderungan mereka apabila mereka membesar nanti. Itulah yang ibu bapa perlu perhatikan dan cuba dorong. Cuba cari jalan supaya kanak-kanak itu ada peluang untuk menjelajahi bakat dan kecenderungan mereka. Kalau anak-anak mereka kelihatan pasif atau biasa-biasa aje atau terlalu 'am', ibu bapa perlu teroka minat anak-anak mereka dan cuba libatkan mereka dalam pelbagai genre aktiviti supaya dapat dilihat ke arah mana mereka selesa. Sudah tentu, usaha ibu bapa itu haruslah mengikut tahap umur anak-anak mereka, janganlah pula kita memaksa anak belajar semua benda sekaligus, kesian anak tertekan pula nanti.

Itulah ibu bapa...harus menyediakan landasan untuk anak-anak mereka. Hingga pada satu tahap, atas bantuan itu, anak-anak dapat melihat potensi diri mereka dan boleh mengemudi jalan mereka sendiri selepas itu.

Jangan biarkan anak-anak membesar berseorangan. Anak yang berotak bijak, tetapi tidak melihat ke hadapan secara khusus, walaupun belajar pandai, periksa dapat nombor satu pun, kalau tidak tahu mana nak tuju pun, akan melalui satu lengkungan 'trough' di dalam hidup mereka. Bukan mereka tak boleh berjaya, tapi laluan hidup mereka mungkin menjadi agak sukar atau agak lambat daripada orang lain.

Entah kenapa dari minat belajar boleh masuk bab pendidikan dan parenting pulak ye. Just my two cents.

1 comment:

Amuse me ...