(Nota kepala : Penulisan berdasarkan sudut pandangan dan perasaan si penulis semata-mata, tidak mewakili si empunya karya dan produksinya.)
Malam tadi aku menonton teater, terima kasih Cik Azreen.....walaupun aku hampir ketinggalan mengikutinya, biasalah...orang yg pernah fail geografi masa skolah dulu mmg ada masalah ini (speaking for myself only)..apa kaitan fail geog. dgn teater...entah, suka-suka aku je nak kaitkan..huhu..Apapun....
Apa kes?
Sapa punya kes?
Tempat kejadian?
Stor Teater, DBP (...kenapalah bagi nama stor...??)
Dari pertama kali aku dengar, aku dah tertanya-tanya..pekebenda merocok-rocok nih? Adakah ia sesuatu yang ganas, berseni atau lucah? Jangan dicari dalam kamus online, tidak berhasil. Temuilah jawapannya pada si pengarah...kerana hanya jauhari mengenal manikam...tetiba je.
Makanya, ganas? bolehlah...sebab ada pembunuhan.
Berseni?...of courselah, nama pun teater...satu cabang seni
Lucah?...err..taaak...sensual sikit ada..heheh
Love. Lust. Betrayal.
Penceritaan berkisar tentang perhubungan. Perhubungan cinta yang tidak kesampaian. Cinta yang bersegi-segi, mungkin. Cinta dan kepuasan cinta. Kecurangan. Dendam. Cinta tanpa pedoman. Penceritaan diselang-selikan dengan randai, yang mana, dari kaca mata seorang yang tiada latar belakang seni seperti aku, perlukan sedikit pertolongan dalam memahaminya. Penghayatan yang mendalam. Aksi bersahaja dan kadangkala spontan, selitan jenaka yang menghiburkan. Secara ringkasnya, seorang jejaka pernah berkasih tetapi keadaan menyebabkan kasihnya putus di tengah jalan. Menemui kasih baru, tapi nasibnya masih sama. Jejaka sangat terluka. Bekas2 kekasihnya itu menemui cinta baru dan membina keluarga. Namun, perkahwinan yang awalnya bahagia tiba-tiba dibayangi kecurangan pasangan masing2. Pertemuan semula dgn si jejaka ini membangkitkan memori lama dan ..... Apabila pasangan2 ini berdepan dengan masalah perkahwinan mereka, keadaan menjadi tidak terkawal dan nyawa melayang. Si jejaka menjadi suspek utama. Diinterogasi, dinilai pakar sakit jiwa...akhirnya, kebenaran ditunjukkan. Mungkin si jejaka tidak melakukannya, ....tapi boleh percaya ke dia tak terlibat 100%?
Apapun, mintak maaf adik kakak, teater ni dah abis...
Good work. Tiket RM20? Takde hal...lagi best dari beli tiket rege sama tapi dok nun jauh kat seat atas kat IB...
tq for support! :)
ReplyDeletewah...feel honoured that my post's comment is graced by an artist..tq!
ReplyDeleteterima kasih banyakk...
ReplyDeletewow...double honour!..terus berkarya dgn cemerlang
ReplyDelete:)
ReplyDeletecan u see how they(the team) treat people?
they r saying thank u.
enough said,
that is why i'll be there to support them.
coz they are GOOD.