Monday, January 1, 2018

1: 2K18

1
Semangat itu ada. Bagai api kecil di batang mancis. Nyalanya nyata, panasnya bisa, tetapi tidak membara. Penghalang setiap kejayaan adalah si TAKUT GAGAL dan si BODOH SOMBONG. Tidak ke mana-mana jika masih tertawan dengan dua beradik itu. Dalam kepala sudah ada cerita, zahirkan sahaja cerita itu di layar hidup. Usah digebang merata, jika semangat masih sekecil api di batang mancis. Bukan semua telinga dibuat daripada emas, ada yang besi berkarat lagi mengaratkan. Carilah telinga emas yang bukan sahaja mendengar cerita, tetapi memberi nilai kepada ceritamu. Telinga emas yang mampu empati.

2
Aku pencinta setia yang bercinta dengan Sang Penguji. Cinta Penguji mengajar setiap neuron otakku pengalaman. Cinta Penguji mencabar intelektual, menggegar iman. Memberi makna baru kepada Harapan, Seiring Sejalan dan Kesabaran. Cinta yang benar tiada pengakhiran, hanya perjalanan menuju Keabadian. Dalam perjalanan ranjau tidak terkira, mencari berkat Yang Maha Esa. Semoga bertemu keabadian cintaku dalam keberkatanNya sebelum aku menutup mata.