Ada ketikanya
aku rasa cemburu
kerana kamu di situ
Ada ketikanya
aku rasa jemu
kerana aku di sini
Ada ketikanya
aku rasa marah
kerana mereka tak endah
Ada ketikanya
aku rasa sayu
kerana hadirku tidak perlu
Ada ketikanya
aku rasa rindu
kerana kita terlalu jauh
Ada ketikanya
aku rasa loya
kerana dunia yang gila
Ada ketikanya
aku rasa malu
kerana tidak sehebatmu
Ada ketikanya
dan selalunya
aku rasa tegar bersendiri
sambil menantimu
dan berharap
agar tidak tertiarap
dalam ujian waktu...
The Dreamer©2011
mood jiwang nampak...hehehe..
ReplyDeletehehe..melayan perasaan..
ReplyDeleteada ketikanya perlu mnjakan diri untuk hilangkan semua rasa di atas. sekian :p
ReplyDeleteada ketika kita perlu abaikan jer perkara atau benda yg tidak disukai agar hidup lebih hepiii
ReplyDeleteintan: nak bermanja kat sapa ek...mak jauh..
ReplyDeleteEmpunya blog: kalo benda tu takleh nak diabai..camne..
bukan dgn sape.. tp ktmana.. spa boley jek. hehe
ReplyDelete