....Teringat pulak pada satu hari aku terdengar satu program bual bicara ni kat radio..tak pasti pulak masa dalam perjalanan ke tempat kerja atau dalam perjalanan balik...biasanya aku masuk keta je aku check channel ni, adakah kena masa program bual bicara atau tidak, kalau kena aku dengor la, kalau tak, aku layan mp3 aku je..aku tak kuasa dengor program2 lain...panggilan hangit ke, tengik ke, den tak kuaso nak dongar...sama ada program berintipati atau halwa telinga pilihan sendiri...so, apa-apa lagu ngetop dalam carta sekarang pun aku tak tau..maka aku adalah ketinggalan zaman dalam department itu..tak kisahlah
....Apapun aku dah terbabas dah nih, menda yang aku nak cakap tadi ek?.. Ooh, program tu...aku tak dapat nak dengar lengkap dari awal sampai habis, sekadar sebahagian..tapi part yang aku dengar tu menarik pulak..tetamu program ni mengatakan, suatu hari anak dia menangis-nangis di rumah kerana nakkan ibunya, sedangkan ibunya bekerja shif malam, dia sebagai bapa ingin memujuk anaknya...Ok, selalu kita dengar kita pujuk anak-anak begini, "Ibu/Ayah pegi keje, nak cari duit...nanti nak belikan adik baju Ultraman, mainan (etc.)". Menurut tetamu ini, kata-kata sedemikian seolah-olah menanamkan idea dalam minda anak-anak bahawa ibu bapa ni keluar untuk menjadi hamba duit, atau menjadi orang yamg meminta-minta. Lagi satu, dengan berkata sedemikian, seolah-olah kita menjadikan sesuatu mainan itu (atau apa saja objek yang menjadi bahan pujukan anak-anak) punya kuasa atau tahap yang labih tinggi dari ibu dan bapanya..kerana, jika ibu atau bapanya tidak membeli atau mendapatkan benda-benda itu, anak-anak tidak mengumpamakan mereka. Kalau dapat, anak sayang ibu, anak sayang ayah. Tapi kalau tak dapat, anak menangis, merajuk.
....Maka, menurut tetamu itu lagi, bukankah lebih baik kita menyemai nilai-nilai yang lebih baik dalam fikiran anak-anak kita tentang ibu bapa mereka yang keluar bekerja. Isteri tetamu itu adalah seorang jururawat. Maka tetamu itu menerangkan pada anaknya, dengan menjalin kaitan dalam kehidupan, lebih kurang begini.."Apabila kita sakit, atau jatuh dan luka, kita perlukan ubat untuk sembuh, kan? Maka, kita ke klinik atau hospital. Di sana, jururawat yang meletakkan ubat dan membalut luka kita. Nah, itulah yang ibu buat di tempat kerja. Ibu keluar kerana ada ramai orang di luar sana yang perlukan bantuan ibu...".
....Dalam kata lain, kita menumpukan peranan ibu bapa yang bekerja di luar sana, bukan sebagai orang yang meminta dan mencari, tetapi sebagai orang yang memberi, orang yang menyumbang. Setiap kali apabila anak bertanya, terangkan menggunakan pendekatan begitu, lama-lama anak akan memahami bahawa ibu bapanya mempunyai tanggungjawab penting di luar sana. Lebih kurang begitulah yang sempat aku dengar, mungkin penerangan aku tak sebaik penerangan asal yang disampaikan oleh tetamu jemputan itu, namun diharapkan konsepnya masih menepati. Topik ini menarik minat aku, sebab rasa-rasanya aku sendiri pernah terguna cara yang kurang sesuai itu pada anak saudaraku masa diorang kecik dulu-dulu.
....Ia mungkin topik yang dirasakan kurang penting, tapi bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Menjaga anak ni bukan setakat cukup makan, pakaian dan sekolah sampai tamat, tetapi pendidikan rohani, ilmu kehidupan dan pembentukan pekerti dan jati diri juga sangat perlu diutamakan, kan..
~tamat alkisah~
No comments:
Post a Comment
Amuse me ...