Saturday, August 13, 2011

Ramadhanku Merdeka

Alhamdulillah, selesai sudah solat tarawih. Pejam celik pejam celik, rupanya tinggal lebih kurang 17 hari lagi kita berpuasa. Sekejapnya rasa kan? Macamana agaknya puasa kita yang telah selesai, adakah diterima Allah swt? Terima ke tak terima, Allah swt sahaja yang tahu. Tapi sebenarnya kita juga boleh menjangka sendiri sejauh mana ibadah kita diterima. Gitulah sedikit sebanyak sepertimana yang ustaz sampaikan tazkirah kat surau tadi bagitau. Katanya, puasa kita mungkin sah, tapi kalau kita tak jaga diri kita elok-elok, pahala puasa boleh terbatal. Jadi apakah yang boleh 'membatalkan' pahala puasa kita? Antaranya berbohong, mengumpat, memfitnah, melihat sesuatu sehingga menimbulkan syahwat, tidak menjaga aurat dan lain-lain lagi yang bagi kita yang sempurna akalnya ini boleh fikirkan sendiri. Cuma kita ni kadang-kadang terlupa.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Letih dan lapar tu mainan perasaan. Alhamdulillah, terasa seperti puasa pada tahun ini terasa lebih baik dan lebih aman berbanding tahun-tahun yang lepas. Harap-harapnya perasaan aman dan tenteram itu kekal hingga ke akhir Ramadhan, malah berterusan selepas Ramadhan. Apabila berpuasa, kita lebih menjaga tatatertib kita, dan bila tertib kita lebih terjaga itu yang kita rasakan aman damai. Damai di fikiran, damai di hati, damai di perut, dalam jasmani. Semestinya banyak lagi yang perlu diperbaiki. Solat sepertiga malam masih sukar untuk dilakukan. Semoga dipermudahkan.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Hujung minggu macam ni kenapa duduk depan tv je sepanjang hari? Tengok tv, tengok fb, tengok tv, tengok fb, sampai waktu nak berbuka. Kan ke banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan...antaranya...

Mengaji (cuba memperbetulkan bacaan, dan menghayati maknanya)
Membaca (buku-buku yang baik isi kandungannya)
Mengemas rumah (janganlah barang yang dah expired 4, 5 tahun lepas pun tersimpan lagi dalam kabinet)
Menonton rancangan ilmiah (sekarang ni dah banyak rancangan yang menarik, janganlah asyik tengok drama je)

Semoga puasa kita lebih berkualiti di hari-hari yang masih bersisa ini....

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Ramadhanku merdeka. 1 Syawal hari kemenangan. Tahun ini, kemenangan berganda. InsyaAllah hari kemerdekaan negara kita yang ke-54 jatuh pada hari raya ke-2.

Ramadhanku merdeka. Kenapa merdeka? Kerana kita bebas untuk mengamalkan ajaran agama kita. Kita bebas untuk menunaikan puasa. Kita tidak harus berpuasa sembunyi-sembunyi seperti umat Islam minoriti Uighur di China. Kita tidak perlu mengikat perut, berpuasa dalam penuh kedhaifan seperti umat Islam di Somalia. Maka tak mahukah kita untuk bersyukur? Tidak mahukah kita ambil pengajaran?

Semoga Allah swt mengampuni segala dosa.

3 comments:

  1. Loving the title - Ramadhanku Merdeka. Hope it's not too late to wish you selamat berpuasa and Ramadhan mubarak! :)

    ReplyDelete
  2. Thanks Wawerque...u too! Seronok dapat berpuasa bersama hubby n baby di sana, kan.. :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...terasa cepat sgt Ramadhan berlalu

    ReplyDelete

Amuse me ...