pelayar solo
kadangkala keliru
mencari makna sebuah kewujudan
mencari mula dan akhirnya sebuah tujuan
pelayar solo
jasad sepi di lautan insan
mencari erti sebuah takdir
cuba memahami
cuba berdiri
pelayar solo
mencari keberanian
mencari kepuasan
mencari kenikmatan
mencari keredhaan
kadangkala...keselesaan menggamit kerisauan
kadangkala...bosan dengan permainan kehidupan
keinginan rasa tak tertahan
si pelayar dambakan kemajuan
...dan belayar ke seluruh lautan, tanpa hirau, tanpa segan
The Dreamer©2011
No comments:
Post a Comment
Amuse me ...