from today's date...
6 days more to Eid
6 days left of the best offer
take advantage of it as much as we can
for we don't know, this might be our last chance...
- Tadarus Al-Qur'an
- Solat sunat
- Iktikaf di masjid
Beriktikaf di surau boleh ke? Ada pendapat mengatakan iktikaf di surau jumaat boleh. Surau Jumaat ialah surau yang diberikan taraf di mana solat Jumaat boleh diadakan. (Pengkelasan surau-surau ini adalah bagi tujuan pentadbiran.)
Solat sunat tahiyatul masjid boleh ke dilakukan di surau? Ada pelbagai pendapat. Surau dan masjid kedua-duanya tempat solat untuk semua. Bezanya surau tidak diadakan Solat Jumaat. Ada pendapat mengatakan boleh dilakukan. Tetapi majoriti ulama-ulama besar berpendapat solat tahiyatul masjid hendaklah dilakukan di masjid sahaja.
"Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya."
- Menyesatkan secara jelas ~ tidak mahu solat dan tidak solat.
- Mengelirukan kita ~ amalan menziarahi sanak saudara di hari raya yang sememangnya elok tetapi cara melakukannya kurang elok seperti berziarah dengan couple (majlis ada unsur maksiat dsb.)
- Menghiaskan perkara yang kurang elok agar nampak cantik ~ contoh: jualan murah (mengundang pembaziran), rasuah (kelihatan seperti hadiah) dll.
- Malam Hari Raya Aidilfitri
- Malam Hari Raya Aidiladha
- Malam pertama bulan Rejab
- ?
- ? (ada dua lagi waktu tetapi saya terlepas dengar...huhu )
- Terus dimakbulkan sepertimana apa yang dipohon dalam doa.
- Dimakbulkan tetapi tidak semestinya mengikut apa yang dipohon (dimakbulkan dalam cara yang berlainan).
- Tidak dimakbulkan di dunia, tetapi Allah swt simpan di akhirat.
Maka, jangan serik berdoa. Allah Maha Mendengar.
Dalam satu ceramah yang dihadiri oleh ramai guru-guru dan orang-orang berilmu, Ustaz bertanyakan siapa yang belum menjejakkan kaki ke Baitullah. Ramai yang mengangkat tangan. Ustaz tanya lagi, jika dengan gaji sekarang, mampu tak untuk pergi ke sana? Ramai kata tak mampu, nak kena menyimpan lama. Ustaz tanyakan siapa yang ingin sedekahkan sebahagian gajinya nanti ke jalan Allah dan InsyaAllah Allah akan beri ganjaran yang cukup sehingga boleh ke Mekah. Tiada siapa yang sanggup kecuali dua orang. Dua orang itu dipanggil ke depan dan setelah dengan yakinnya menyatakan kesanggupan dan keikhlasan mereka untuk bersedekah, Ustaz membacakan doa mudah-mudahan usaha mereka membolehkan mereka ke Tanah Suci. Di kala itu juga, salah seorang hadirin mengatakan kepada Ustaz yang dia akan membiayai perjalanan kedua-dua orang itu.
Yang ini kisahnya agak panjang tapi aku kompakkan saja, seorang sahabat Ustaz bernama A. Sani teringin menunaikan umrah tetapi tidak cukup duitnya. Dia bertemu Ustaz. Ustaz menasihatinya untuk bersedekahlah ke mana-mana masjid, pusat-pusat agama dan lain-lain orang yang memerlukan ikhlas dan yakin dengan Allah swt. Akhirnya Sani mengikutinya. Dia sentiasa bersedekah dan di luar waktu kerjanya dia membantu pula komuniti lain dengan ikhlas. Setelah beberapa lama, dia ditawarkan kenaikan gaji dan mendapat penghargaan daripada majikannya. Asalnya dia cuma berhajatkan agar cukup duit untuk menampung perjalanan dirinya namun pada suatu hari, majikannya ingin menghadiahkan sesuatu dalam bentuk pembiayaan umrah. Oleh kerana untuk dirinya sudah cukup, majikannya menawarkan untuk membiayai perjalanan isterinya sekali. Malah institusi/komuniti yang dibantunya secara sampingan turut ingin memberikan gaji kepadanya.
Kisah seorang penjual bubur. Ibunya teringin sangat nak menunaikan haji. Maka si penjual bubur pun berkata kepada ibunya yang dia akan usahakan. Isterinya bertanya mana mungkin dia mampu kerana pendapatannya yang tidak seberapa. Namun si penjual bubur yakin dengan hasil usaha dan doanya kepada Allah, dia mengagihkan hasil jualannya kepada 2 bahagian: pulangan hasil dan tabungan ibunya. Ia disimpan di dalam bank. Suatu masa, bank ingin memberikan ganjaran kepada penyimpan yang mempunyai simpanan sekian jumlah dan si penjual bubur terpilih. Hadiahnya merupakan sebuah kereta Mercedes Benz siri yang baru pada ketika itu. Si penjual bubur akhirnya nak jual sahaja kereta itu tetapi susah nak dapat pembelinya kerana entah apa masalahnya berkenaan pajak, tetapi akhirnya ada seorang yang mengetahui kisahnya dan harapan si penjual bubur maka dia membeli kereta tersebut dengan harga yang tinggi, dapatlah si penjual bubur membiayai haji ibunya dan akhirnya kisahnya dijadikan sinetron.
Ada seorang wanita yang bekerja sebagai seorang guru dengan gaji 150K rupiah (tidak pasti nilai sebenar samada ribu atau ratus). Dia bercita-cita ingin menjadi pengetua sekolah dan mendapat gaji lebih tinggi, 450K-500K rupiah. Dia bertemu Ustaz dan Ustaz tolong mendoakan, di samping itu dia juga mengamalkan sedekah dan sentiasa membantu orang-orang yang memerlukan. Tidak berapa lama selepas itu dia bertemu Ustaz sekali lagi untuk memberikan kad jemputan perkahwinannya. Ustaz bertanya khabarnya. Kata guru wanita itu, dia masih seorang guru bergaji 150K, tetapi Allah swt telah memakbulkan permintaannya. Tetapi bagaimana? Allah menemukan jodoh buat guru itu dengan anak lelaki seorang pemilik sebuah sekolah dan bakal suaminya itu berpendapatan 3 juta rupiah!
Rasulullah SAW mempunyai seorang sahabat bernama Hassan bin Thabit (RA) yang merupakan seorang penyair. Hassan ini tidak boleh berperang. Dalam satu peperangan, kaum wanita dikumpulkan di dalam sebuah kubu. Rasulullah SAW menyuruh Hassan turut berada di dalam kubu tersebut. Sehingga pada suatu ketika, tentera-tentera Yahudi mengelilingi kubu tersebut. Ibu saudara Rasulullah SAW, Sofiyyah (RA) menyuruh Hassan supaya keluar dari kubu dan membunuh tentera Yahudi itu. Hassan menyatakan kalau dia mampu berperang, dah lama dia menyertai Rasulullah dalam peperangan. Sofiyyah pun keluar dan membunuh seorang tentera. Kemudian Sofiyyah menyuruh Hassan membuang mayat tentera itu ke kawasan orang Yahudi. Pun Hassan tidak sanggup melakukannya. Maka Sofiyyah jugalah yang membuatnya. Namun Rasulullah SAW tidak pernah memarahi Hassan.
Seterusnya diceritakan tentang seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, iaitu Khalid bin Al-Walid (RA). Khalid Al-Walid baru saja memeluk agama Islam, tetapi dalam satu peperangan, Rasulullah SAW telah melantik Khalid sebagai panglima tertinggi angkatan tentera, sedangkan pada ketika itu ada ramai lagi tentera yang telah memeluk Islam lebih awal dari Khalid. Dikatakan ketika itu Khalid belum lagi lancar bacaannya dalam surah yang pendek. Khalid dikatakan berkata, jihad membuatkan dia kurang tumpuan untuk mempelajari Al-Quran/agama.
Di sini pengajaran yang disampaikan adalah, Rasulullah SAW mengenalpasti bakat-bakat yang ada di kalangan para sahabat baginda dan memupuknya lagi untuk kepentingan Islam, seperti Hassan bin Thabit dengan syairnya, Khalid Al-Walid dengan kemahiran peperangannya, Abdul Rahman bin Auf dalam bidang perniagaan dan lain-lain. Dengan kekuatan inilah Islam dapat berkembang secara keseluruhannya. Daripada kisah ini, kita ambillah pengajaran. Antaranya, janganlah kita zalimi seseorang, seperti anak-anak kita, dengan menyekat bakat yang mereka ada.Setiap bakat dan kebolehan yang ada jika dipupuk dengan cara yang betul, boleh memberikan kejayaan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi kepada ummah. Apapun, rancangan ni menarik. Bila ada kesempatan, bolehlah mengikutinya.
google image |
google image |