Sunday, August 7, 2011

Law Ka Na Bainana?

TV AlHijrah adalah saluran tv percuma ke udara (free-to-air) yang terbaru di Malaysia. Ia mula ke udara sejak akhir tahun 2010 baru-baru ini. Setakat ni, kawasan siarannya tidaklah meluas lagi rasanya, tapi sesiapa yang ada ASTRO boleh tengok siaran ni di Saluran 114. Tak perlu subscribe pakej tambahan. Tapi, aku bukannya nak cerita pasal AlHijrah ni sebenarnya. Aku ni sebenarnya taklah selalu sangat tengok TV, melainkan bila aku sorang-sorang kat rumah. Masa tu bolehlah nak conquer tv dan tengok rancangan-rancangan pilihan sendiri.

Alkisahnya, suatu pagi Ramadhan, masa bersahur, aku tengah surfing channel tv, sampailah ke tv AlHijrah. Memandangkan setakat ni aku belum berpeluang nak explore channel ni so aku pun tengoklah. Masa tu ada satu rancangan yang dikendalikan oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, seorang pensyarah muda di KUIS. Masa sahur ni semuanya rancangan ulangan lah kan. Nama rancangan terlupa pula tapi ketika tu Ustaz Don sedang menerangkan tentang solat tarawih. Menarik sungguh penerangannya, menarik minat aku untuk terus menonton. Selamba, bersahaja, kelakar pun ada, tapi sampai maksudnya Alhamdulillah. Tapi, terlewat tengok, dah nak habis....huhu...

Selepas tu, ada satu rancangan dari negara Arab, tak pasti negara mana, mungkin Mesir. Rancangan tersebut bernama (kalau tak silap eja) Law Ka Na Bainana. Rancangannya pendek, ringkas dan terbahagi kepada 3 segmen. Dalam segmen pertama, lebih kurang macam rancangan Cubaan kendalian Akhil Hayy di ASTRO Oasis (pun baru je tengok), diorang cuba memerhatikan bagaimana sifat keprihatinan masyarakat zaman sekarang, apakah masih mengikut ajaran agama dan sunnah Rasulullah SAW ataupun tidak. Ada wanita yang buat-buat terjatuh dompet tapi tak sedar, pastu diorang melihat apa reaksi orang lain yang terjumpa dompet tu, nak pulangkan ke kat. Pastu diorang interview lah mereka tu.

Dalam segmen kedua, lebih kurang sama, mereka cuba nak menerapkan amalan memberi salam kepada orang lain. Caranya diletakkan satu arahan di dalam lif, katanya kalau bagi salam bila masuk lif, bolehlah gunakan lif tu, kalau tak bagi salam, kena naik tangga. Dalam lif tu telah diletakkan seorang penjaga lif. Pastu diorang tengoklah siapa yang bagi salam ataupun tak dan diorang interview.

Dalam segmen yang terakhir, disampaikan kisah-kisah zaman Rasulullah SAW. Dalam episod yang aku tengok ni, kisah yang disampaikan adalah seperti berikut (kisah disampaikan dalam ayat sendiri, hasil cuba mengingat kembali kisah yang ditonton, jika ada salah, harap dapat komen dan betulkan);
Rasulullah SAW mempunyai seorang sahabat bernama Hassan bin Thabit (RA) yang merupakan seorang penyair. Hassan ini tidak boleh berperang. Dalam satu peperangan, kaum wanita dikumpulkan di dalam sebuah kubu. Rasulullah SAW menyuruh Hassan turut berada di dalam kubu tersebut. Sehingga pada suatu ketika, tentera-tentera Yahudi mengelilingi kubu tersebut. Ibu saudara Rasulullah SAW, Sofiyyah (RA) menyuruh Hassan supaya keluar dari kubu dan membunuh tentera Yahudi itu. Hassan menyatakan kalau dia mampu berperang, dah lama dia menyertai Rasulullah dalam peperangan. Sofiyyah pun keluar dan membunuh seorang tentera. Kemudian Sofiyyah menyuruh Hassan membuang mayat tentera itu ke kawasan orang Yahudi. Pun Hassan tidak sanggup melakukannya. Maka Sofiyyah jugalah yang membuatnya. Namun Rasulullah SAW tidak pernah memarahi Hassan.
Seterusnya diceritakan tentang seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, iaitu Khalid bin Al-Walid (RA). Khalid Al-Walid baru saja memeluk agama Islam, tetapi dalam satu peperangan, Rasulullah SAW telah melantik Khalid sebagai panglima tertinggi angkatan tentera, sedangkan pada ketika itu ada ramai lagi tentera yang telah memeluk Islam lebih awal dari Khalid. Dikatakan ketika itu Khalid belum lagi lancar bacaannya dalam surah yang pendek. Khalid dikatakan berkata, jihad membuatkan dia kurang tumpuan untuk mempelajari Al-Quran/agama.
Di sini pengajaran yang disampaikan adalah, Rasulullah SAW mengenalpasti bakat-bakat yang ada di kalangan para sahabat baginda dan memupuknya lagi untuk kepentingan Islam, seperti Hassan bin Thabit dengan syairnya, Khalid Al-Walid dengan kemahiran peperangannya, Abdul Rahman bin Auf dalam bidang perniagaan dan lain-lain. Dengan kekuatan inilah Islam dapat berkembang secara keseluruhannya. Daripada kisah ini, kita ambillah pengajaran. Antaranya, janganlah kita zalimi seseorang, seperti anak-anak kita, dengan menyekat bakat yang mereka ada.
Setiap bakat dan kebolehan yang ada jika dipupuk dengan cara yang betul, boleh memberikan kejayaan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi kepada ummah. Apapun, rancangan ni menarik. Bila ada kesempatan, bolehlah mengikutinya.

Nota kaki : Law Ka Na Bainana bermaksud lebih kurang 'sekiranya dia masih berada bersama kita' atau 'sekiranya dia masih di sini', objektif rancangan ini ialah menyampaikan teladan Rasulullah SAW dalam masyarakat zaman sekarang melalui persoalan: Jika Rasulullah SAW ada bersama kita dalam kurun ke-21 ini, apakah yang mungkin Baginda lakukan?...

2 comments:

  1. macam best la rancangan Law Ka Na Bainana ni.

    ReplyDelete
  2. yup...memang best! :) dalam youtube pun ada tp tak sure ada subtitle ke tak...

    ReplyDelete

Amuse me ...