Tuesday, August 23, 2011

nota senin

Nota-nota dibawah dicatat daripada ceramah ringkas bertajuk "Di Ambang Aidilfitri" yang telah disampaikan oleh Ustazah Zuraini Mohd Shokori, Penolong Pengarah (Unit Pengurusan Kariah), JAWI Caw. Putrajaya pada 22 Ogos 2011 di Putrajaya.

Just for sharing :)

  • Bulan Ramadhan, permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah maghfirah (pengampunan) dan pengakhirannya diselamatkan daripada azab neraka. (Nota saya: Ini adalah sebahagian daripada hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah. Menerusi pembacaan, didapati hadith ini dinilai dhaif (lemah). Hakikatnya, keseluruhan Ramadhan adalah bulan rahmat, pengampunan dan dijauhkan daripada api neraka).


  • Orang yang berpuasa diberikan pahala khusus oleh Allah swt. Maksudnya, pahala Allah berikan secara terus kepada orang tersebut. Orang yang berpuasa boleh memasuki Syurga Rayyan dari mana-mana pintu yang dikehendakinya dan selepas dia masuk, pintu itu terus tertutup dan tiada sesiapa lagi boleh memasukinya.


  • Amalan-amalan sepanjang Ramadhan, terutamanya di penghujung bulan;
  • Tadarus Al-Qur'an
  • Solat sunat
  • Iktikaf di masjid
Beriktikaf di surau boleh ke? Ada pendapat mengatakan iktikaf di surau jumaat boleh. Surau Jumaat ialah surau yang diberikan taraf di mana solat Jumaat boleh diadakan. (Pengkelasan surau-surau ini adalah bagi tujuan pentadbiran.)
Solat sunat tahiyatul masjid boleh ke dilakukan di surau? Ada pelbagai pendapat. Surau dan masjid kedua-duanya tempat solat untuk semua. Bezanya surau tidak diadakan Solat Jumaat. Ada pendapat mengatakan boleh dilakukan. Tetapi majoriti ulama-ulama besar berpendapat solat tahiyatul masjid hendaklah dilakukan di masjid sahaja.
  • Taqwa itu ibarat berjalan di atas bara api...hendaklah berhati-hati...
  • Istiqamah dalam melakukan ibadah.
  • Dikatakan syaitan dan iblis diikat ketika bulan Ramadhan, tetapi syaitan dan iblis sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia dalam apa cara sekalipun, sepertimana difirmankan Allah swt dalam Surah Al-Hijr : 39 yang bermaksud;
"Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya."
  •  Syaitan berusaha menyesatkan manusia dengan 3 cara;
  • Menyesatkan secara jelas ~ tidak mahu solat dan tidak solat.
  • Mengelirukan kita ~ amalan menziarahi sanak saudara di hari raya yang sememangnya elok tetapi cara melakukannya kurang elok seperti berziarah dengan couple (majlis ada unsur maksiat dsb.)
  • Menghiaskan perkara yang kurang elok agar nampak cantik ~ contoh: jualan murah (mengundang pembaziran), rasuah (kelihatan seperti hadiah) dll.


  • Waktu doa yang mustajab;
  • Malam Hari Raya Aidilfitri
  • Malam Hari Raya Aidiladha
  • Malam pertama bulan Rejab
  • ?
  • ? (ada dua lagi waktu tetapi saya terlepas dengar...huhu ) 
  • Amat digalakkan untuk menitiskan air mata ketika berdoa.
  • Cara Allah swt memakbulkan doa;
  • Terus dimakbulkan sepertimana apa yang dipohon dalam doa.
  • Dimakbulkan tetapi tidak semestinya mengikut apa yang dipohon (dimakbulkan dalam cara yang berlainan).
  • Tidak dimakbulkan di dunia, tetapi Allah swt simpan di akhirat. 
Maka, jangan serik berdoa. Allah Maha Mendengar.
  • Takbir raya Aidilfitri dari malam raya hingga sebelum solat sunat Aidilfitri sahaja.
  • Takbir raya Aidiladha dari malam raya hingga 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyriq)
  • Sunat untuk berwangi-wangian dan berpakaian bersih (pakaian baru kalau mampu) bersembahyang raya pada 1 Syawal. (Jangan 'over' tentunya...)
  • Sunat bersarapan sebelum pergi sembahyang raya.
  • Sunat berjalan kaki dari rumah ke masjid dan melalui jalan yang berbeza apabila pergi dan pulang. (Tengok keadaan kalau masjid jauh takyah le jalan kaki..)
  • Menyegerakan membayar zakat fitrah.
  • Bermaaf-maafan. (Ikutlah syariat muhrim dan bukan muhrim).

Itulah sebahagian catatan yang sempat ditulis daripada ceramah yang didengari. Selainnya sama ada tak sempat tulis, terlepas dengar ataupun tak dapat baca balik tulisan tangan sendiri (duh!). Jika ada maklumat yang kurang tepat diharap dapat memaklumkan kepada saya. Sama-sama kita belajar. 

No comments:

Post a Comment

Amuse me ...