seronok ke tak seronok?
entri ni tak melambangkan perasaan aku pada waktu ini secara khususnya, tapi lebih kepada rumusan atau kompilasi luahan yang terbenam di kalbu semenjak 2, 3 tahun kebelakangan ini...
seronok ke aku dengan kehidupan aku?
untuk meluahkan sesuatu di dalam blog ini dengan sejujurnya tanpa melindungi fakta-fakta yang terlalu peribadi dan berunsur khusus yang teramat memang susah....transparensi itu perlu wujud namun pasti masih ada batasnya..
dan aku rasakan tak perlu aku menjawab persoalan di atas kerana entri ini takkan wujud kalau jawapannya sekian dan sekian...kan?
aku rasa aku dah bersedia untuk melalui fasa kehidupan yang seterusnya. tapi masih banyak pintu-pintu yang aku harus lepasi..dan di setiap pintu itu ada pengawalnya...dan kawalan itu lah yang aku harus lepasi untuk sampai ke destinasi seterusnya.
mungkin ada seseorang sedang menanti di seberang sana..namun orang itu juga ada perjalanannya sendiri...menuju ke arahku..
mungkin kami akan bertemu di salah sebuah pintu itu...pintaku di dalam doa
di lain arena...aku mahu berubah suasana. ya, dengan berkata sedemikian pasti mengundang fahaman yang berbeza. suasana apakah yang dimaksudkan?
sejujurnya aku bukan pelayar solo. namun suasana kini tidak mambantu diriku. aku merasakan aku tidak berada di garisan yang selari dengan mereka. terbantut. tidak sihat.
aku bukan sebaik-baik insan. namun, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. ada masanya, tepuknya kena, tapi bunyinya sumbang dan tidak mantap. tiada berterusan.
itulah...bila hati sudah tawar. maaf memang boleh diucap. namun mata masih melihat. telinga masih mendengar. hati masih terasa.
tindakan yang bakal diambil. mungkin akan menjarakkan lagi perhubungan.
dan aku masih menimbang. masih mengumpul kekuatan.
life memang 'complicated'...
ReplyDeletesubjective to each person lah, kan ..