Alhamdulillah, aku baru lepas menghadiri sebuah majlis ilmu yang disampaikan oleh seorang ustaz yang tersohor di Indonesia (seperti diumumkan oleh En. MC Majlis, Top 5 di sana...) bernama Ustaz Yusuf Mansur. Orangnya masih dalam 30an namun telah banyak menyampaikan majlis2 ilmu, membangunkan puluhan ribu pusat tahfiz di Indonesia dan lain-lain negara di dunia serta telah menulis lebih 100 judul buku.
Majlis yang dinamakan Wacana Minda Khas Ramadhan "Membumikan Rahmat Allah" hanyalah majlis yang ringkas. Penyampaian Ustaz Yusuf yang bersahaja dan berkonsepkan "story-telling" agak menarik. Walaupun aku agak mengantuk (bukan kerana ceramah tersebut tetapi memang agak keletihan pagi ni), Alhamdulillah aku masih mampu mengikutinya. Before I forget anything, I'd like to write down bits and pieces of the stories he told us in this post. At least in this way I can remember it and at the same time, sharing it with my readers.
Ustaz Yusuf menceritakan tentang kehebatan bersedekah, tentang bagaimana keuntungan yang kita sedekahkan ikhlas ke jalan Allah swt diganti balik oleh Allah kepada kita berkali-kali ganda pula (berkali lipat bak kata Ustaz Yusuf). Antara cerita benar yang disampaikan adalah seperti berikut........(menggunakan ayat sendiri dan diringkaskan)
Dalam satu ceramah yang dihadiri oleh ramai guru-guru dan orang-orang berilmu, Ustaz bertanyakan siapa yang belum menjejakkan kaki ke Baitullah. Ramai yang mengangkat tangan. Ustaz tanya lagi, jika dengan gaji sekarang, mampu tak untuk pergi ke sana? Ramai kata tak mampu, nak kena menyimpan lama. Ustaz tanyakan siapa yang ingin sedekahkan sebahagian gajinya nanti ke jalan Allah dan InsyaAllah Allah akan beri ganjaran yang cukup sehingga boleh ke Mekah. Tiada siapa yang sanggup kecuali dua orang. Dua orang itu dipanggil ke depan dan setelah dengan yakinnya menyatakan kesanggupan dan keikhlasan mereka untuk bersedekah, Ustaz membacakan doa mudah-mudahan usaha mereka membolehkan mereka ke Tanah Suci. Di kala itu juga, salah seorang hadirin mengatakan kepada Ustaz yang dia akan membiayai perjalanan kedua-dua orang itu.
Yang ini kisahnya agak panjang tapi aku kompakkan saja, seorang sahabat Ustaz bernama A. Sani teringin menunaikan umrah tetapi tidak cukup duitnya. Dia bertemu Ustaz. Ustaz menasihatinya untuk bersedekahlah ke mana-mana masjid, pusat-pusat agama dan lain-lain orang yang memerlukan ikhlas dan yakin dengan Allah swt. Akhirnya Sani mengikutinya. Dia sentiasa bersedekah dan di luar waktu kerjanya dia membantu pula komuniti lain dengan ikhlas. Setelah beberapa lama, dia ditawarkan kenaikan gaji dan mendapat penghargaan daripada majikannya. Asalnya dia cuma berhajatkan agar cukup duit untuk menampung perjalanan dirinya namun pada suatu hari, majikannya ingin menghadiahkan sesuatu dalam bentuk pembiayaan umrah. Oleh kerana untuk dirinya sudah cukup, majikannya menawarkan untuk membiayai perjalanan isterinya sekali. Malah institusi/komuniti yang dibantunya secara sampingan turut ingin memberikan gaji kepadanya.
Kisah seorang penjual bubur. Ibunya teringin sangat nak menunaikan haji. Maka si penjual bubur pun berkata kepada ibunya yang dia akan usahakan. Isterinya bertanya mana mungkin dia mampu kerana pendapatannya yang tidak seberapa. Namun si penjual bubur yakin dengan hasil usaha dan doanya kepada Allah, dia mengagihkan hasil jualannya kepada 2 bahagian: pulangan hasil dan tabungan ibunya. Ia disimpan di dalam bank. Suatu masa, bank ingin memberikan ganjaran kepada penyimpan yang mempunyai simpanan sekian jumlah dan si penjual bubur terpilih. Hadiahnya merupakan sebuah kereta Mercedes Benz siri yang baru pada ketika itu. Si penjual bubur akhirnya nak jual sahaja kereta itu tetapi susah nak dapat pembelinya kerana entah apa masalahnya berkenaan pajak, tetapi akhirnya ada seorang yang mengetahui kisahnya dan harapan si penjual bubur maka dia membeli kereta tersebut dengan harga yang tinggi, dapatlah si penjual bubur membiayai haji ibunya dan akhirnya kisahnya dijadikan sinetron.
Ada seorang wanita yang bekerja sebagai seorang guru dengan gaji 150K rupiah (tidak pasti nilai sebenar samada ribu atau ratus). Dia bercita-cita ingin menjadi pengetua sekolah dan mendapat gaji lebih tinggi, 450K-500K rupiah. Dia bertemu Ustaz dan Ustaz tolong mendoakan, di samping itu dia juga mengamalkan sedekah dan sentiasa membantu orang-orang yang memerlukan. Tidak berapa lama selepas itu dia bertemu Ustaz sekali lagi untuk memberikan kad jemputan perkahwinannya. Ustaz bertanya khabarnya. Kata guru wanita itu, dia masih seorang guru bergaji 150K, tetapi Allah swt telah memakbulkan permintaannya. Tetapi bagaimana? Allah menemukan jodoh buat guru itu dengan anak lelaki seorang pemilik sebuah sekolah dan bakal suaminya itu berpendapatan 3 juta rupiah!
Begitulah lebih kurang ceritanya. Semoga kita dapat mengambil pengajaran. Apa-apapun, amal ibadat kita haruslah ikhlas dan kita juga harus yakin dengan Allah swt. Kita selalu memohon dan memohon tetapi kadang-kadang kita tak perasan akan nikmat yang telah diberikan lantas terlupa berterima kasih kepada tuan empunya harta yang sebenarnya, Allah swt.
mun..cuba tengok cerita emak ingin naik haji(cite indon) kat youtube ada kot..sangat touching owkeh...
ReplyDeleteowh..ya ka?...k, thanks :)
ReplyDeletekak, cane buat skrol down itu? *lari topik.* hehe
ReplyDeleteintan: this is my reference
ReplyDeletehttp://yatiechomeyl.blogspot.com/2011/07/tutorial-scrollbar-dalam-entry.html