Monday, January 1, 2018

1: 2K18

1
Semangat itu ada. Bagai api kecil di batang mancis. Nyalanya nyata, panasnya bisa, tetapi tidak membara. Penghalang setiap kejayaan adalah si TAKUT GAGAL dan si BODOH SOMBONG. Tidak ke mana-mana jika masih tertawan dengan dua beradik itu. Dalam kepala sudah ada cerita, zahirkan sahaja cerita itu di layar hidup. Usah digebang merata, jika semangat masih sekecil api di batang mancis. Bukan semua telinga dibuat daripada emas, ada yang besi berkarat lagi mengaratkan. Carilah telinga emas yang bukan sahaja mendengar cerita, tetapi memberi nilai kepada ceritamu. Telinga emas yang mampu empati.

2
Aku pencinta setia yang bercinta dengan Sang Penguji. Cinta Penguji mengajar setiap neuron otakku pengalaman. Cinta Penguji mencabar intelektual, menggegar iman. Memberi makna baru kepada Harapan, Seiring Sejalan dan Kesabaran. Cinta yang benar tiada pengakhiran, hanya perjalanan menuju Keabadian. Dalam perjalanan ranjau tidak terkira, mencari berkat Yang Maha Esa. Semoga bertemu keabadian cintaku dalam keberkatanNya sebelum aku menutup mata.

Wednesday, July 5, 2017

Catching up for lost times...sort of...

Dah lama tak buka blog sendiri. Sekarang ni kan zaman Facebook, Twitter dan Instagram.... dan macam-macam lagi seperti Snapchat, Facetime, Telegram, Wechat tapi bagi aku, aku hanya pengguna tegar fb dan insta sahaja. Lebih luas capaian, lebih popular, lebih mesra pengguna, lebih cepat dapat response, lebih banyak kemudahan dan banyak lagi kelebihan. Blog ni orang dah tak pandang (tu kata aku...). Tiba-tiba teringat pulak kat blog sendiri dan rindu pula nak menulis. Tapi sekarang ni, nak menulis dah semakin susah jadinya. Baru taip sepatah dua ayat, terus otak jadi 'blank' ... writer's block kata aku... Entah kenapa..kalau dulu-dulu tu, suka benor menulis, mudah je keluar ayat-ayat tu walaupun kadang-kadang topiknya entah apa apa... Bila baca hasil tulisan dulu-dulu tu, ada yang aku nak tergelak, ada yang aku rasa macam nak 'delete', ada yang aku kagum...eh, riak pulak ... macam-macam. Inilah fasa kehidupan, zaman yang berubah, dari belajar, bekerja, bercinta, putus cinta, perubahan tanggungjawab dan komitmen...semua tu jadi faktor. Lokasi pun berubah-ubah, 'habit' berubah, minat berubah.

Apapun blog ku ini, walaupun bukannya femes macam blog orang lain, isi pun cerita hal sendiri je, aku masih sayang. Walaupun pembacanya hanya aku sorang sekalipun, buat masa ni, biarlah dia di alam maya ini. Mana tahu, minat menulis akan kembali pada diri ini. Sekian.

Thursday, February 2, 2017

My Goodreads Review Bercinta Sampai Syurga

Bercinta Sampai SyurgaBercinta Sampai Syurga by Nik Raihan
My rating: 3 of 5 stars

Kisah benar yang diceritakan oleh seorang suami dan bapa yang menjaga isterinya yang lumpuh sebelah badan setelah diserang sejenis penyakit yang jarang ditemui. Ia penuh dengan panduan berguna untuk pasangan yang melayari bahtera rumah tangga. Ia juga penuh dengan iktibar dan apabila selesai membaca buku ini, wujud kesedaran baru pada diri pembaca tentang apakah makna cinta yang sebenarnya.

View all my reviews

Tuesday, December 27, 2016

My Goodreads Review How I Became An Online Freelancer

How I Became an Online FreelancerHow I Became an Online Freelancer by Azlina Abdul Jalil
My rating: 4 of 5 stars

Upon finding this title on a bookshelf in MPH, I knew I had to read it because I am looking forward to become an online freelancer myself. Ms. Azlina's accounts on her path in becoming an online translator is very interesting to read and they provide many useful points for me to remember. The small and handy book (more like a booklet) makes it really convenient to read during my daily train rides. Recommended for those who specifically looking for guides on this topic.

View all my reviews

Thursday, August 4, 2016

My Goodreads Review Teh Tarik Nasi Arab

Teh Tarik Nasi ArabTeh Tarik Nasi Arab by Imam Muda Hassan
My rating: 2 of 5 stars

Pada mulanya ingatkan ia adalah satu olahan penulisan yang lebih menceritakan pengalaman penulis ketika berkelana ke negara-negara Arab dan pelajaran yang didapati daripadanya. Apapun ia tetap menarik untuk dibaca. Penulisan yang membincangkan isu akidah yang sentiasa relevan dalam kehidupan masa kini.

View all my reviews

Tuesday, July 19, 2016

Need a boost on your own financial management?

Zero HutangZero Hutang by Mohd Zulkifli Shafie
My rating: 3 of 5 stars

Perkongsian pengalaman dan ilmu yang berguna dan mampu membangkitkan semangat untuk mula merancang kewangan peribadi.

View all my reviews

Monday, July 11, 2016

My Goodreads Review Komik Tazkirag Tok Guru

Komik Tazkirah Tok GuruKomik Tazkirah Tok Guru by Nik Abdul Aziz Nik Mat
My rating: 3 of 5 stars

Mantap. Kata-kata hikmah daripada Allahyarham TGNA yang disampaikan dalam bentuk komik yang mudah dicerna oleh setiap golongan dan penampilan juga menarik.

View all my reviews

Wednesday, June 8, 2016

learn all the good things

Tun M: Inilah PerjuanganTun M: Inilah Perjuangan by Sabaruddin Hussein
My rating: 4 of 5 stars

Ia merupakan catatan seorang penulis sepanjang proses mewawancara Tun untuk menghasilkan sebuah buku yang lain. Namun ia banyak memberikan pendedahan tentang bagaimana sikap dan peribadi seorang tokoh dalam menghadapi tugas hariannya. People can agree or disagree to his ideas but a lot of goodness can be learned from his ethics. Banyak yang boleh dijadikan iktibar dan banyak perkara yang kita akui kebenarannya.

View all my reviews

Monday, April 18, 2016

Fitnah Terhadap Sahabat Rasulullah seperti yang dijelaskan oleh Dr. MAZA

Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah : Merungkai Kontroversi Menyingkap RealitiFitnah terhadap Sahabat Rasulullah : Merungkai Kontroversi Menyingkap Realiti by Mohd Asri Zainul Abidin
My rating: 5 of 5 stars

Sebenarnya aku selalu tertanya-tanya, kenapa orang Islam ada yang berfahaman Sunni dan ada yang berfahaman Syiah ... Kenapa Khalifah Uthman dibunuh? Kenapa Sayidina Ali dan Sayidatina Aisyah berperang antara satu sama lain? Kenapa kepimpinan Khalifah Uthman dikatakan lemah? Hati ini tidak mahu mempercayainya kerana logik akal mengatakan mana mungkin sahabat Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga dikata sebegini... Nah, seperti judulnya, isi kandungan buku ini sememangnya merungkai kontroversi dan menyingkap realiti ... betapa dahsyatnya fitnah yang dilemparkan sehingga umat Islam sekarang yang kebanyakannya lemah minda (seperti aku) tidak mengetahui atau malas nak mengkaji sejarah yang sebenarnya. Buku yang tidaklah terlalu tebal mudah dibaca dan dihadam dan dijadikan pencetus semangat untuk membaca kupasan lain yang dengan lebih mendalam in shaa Allah...

View all my reviews

Wednesday, April 6, 2016

Travelog Mr. Traveller

Travelog Mr. TravellerTravelog Mr. Traveller by Meor Farid Asyradi
My rating: 3 of 5 stars

"Dengan Lafaz Basmalah Aku Menjelajah" ... aku memang suka baca travelogue atau cerita kembara orang lain terutamanya catatan pengembaraan orang Islam ke negara asing kerana banyak yang boleh aku belajar daripadanya. Pengalaman mereka boleh dijadikan panduan jika aku punya rezeki untuk mengembara suatu masa nanti. Subhanallah, pengalaman Radi sangat best! Semuanya dengan kurnia dan rahmatNya. Baca je lah kalau nak tahu betapa bestnya kembara mahasiswa Sains Politik Islam yang fasih bertutur bahasa Arab ini. Oh ya, buku ini aku beli special sikit sebab ditandatangani oleh Radi sendiri ...cuma, kan lebih baik kalau gambar-gambar yang dilampirkan dalam buku ini semuanya berwarna, tidaklah hitam putih semuanya..

View all my reviews

Monday, April 4, 2016

The Final "Curtain" for Hercule Poirot

Curtain: Poirot's Last Case (Hercule Poirot, #39)Curtain: Poirot's Last Case by Agatha Christie
My rating: 4 of 5 stars

Finished another Agatha Christie's mystery novel, yeay! It is a sad one, though ... for this novel is about Hercule Poirot's final case. Fin, last, finale. Poirot has aged and ill, yet he is so adamant to finish this one final case that is so different from any of his other cases before. A foreseen crime soon to be committed, but by who or to whom, we do not know about. Yet Poirot know it will happen because it is linked to 5 different cases that happened before, and only he can see the link. The story is being narrated by Col. Hastings, Poirot's very dear friend. It's a mind-blowing guessing game, reading this and although this is one of the best cases, it ends in a sombre tune.

View all my reviews

Friday, April 1, 2016

Let sleeping murder lie....

Sleeping MurderSleeping Murder by Agatha Christie
My rating: 4 of 5 stars

Aku mula mengenali novel-novel Agatha Christie hampir 16 tahun yang lalu, di sebalik timbunan buku-buku lama di kedai buku-buku terpakai di tingkat atas Bazaar Chowrasta, P.Pinang. The dusty and crowded shop was my heaven during those days. Sehingga ke hari ini sudah banyak buku beliau aku dah baca, namun sejumlah lagi hasil tulisannya belum aku baca. Dan judul ini salah satu daripadanya. Kisah Gwenda, seorang suri rumah yang baru berpindah ke rumah baru di Hillside dan mula mengesyaki ada tragedi pembunuhan yang berlaku di rumah tersebut hampir 2 dekad yang lalu setelah dia diganggu oleh bayangan-bayangan dan aura yang menyeramkan. Dan rumah tersebut rupa-rupanya pernah diduduki oleh mendiang ayahnya bersama ibu tirinya suatu masa dahulu. Jane Marple ialah penyiasat Christie dalam judul ini dan beliau membantu Gwenda menyelesaikan misteri tersebut sama ada pembunuhan sememangnya terjadi atau ia hanya bayangan Gwenda semata-mata. Novel Agatha Christie sememangnya tidak pernah jemu dibaca dan peneman yang sesuai dalam perjalanan pergi balik kerja menggunakan LRT!

View all my reviews

Friday, February 5, 2016

I.L.U.

Tahu apa itu rindu? Rindu itu apabila dirinya sentiasa dalam ingatan.
Tahu apa itu benci? Benci itu apabila dia tidak merindui ku.
Tahu apa itu cinta? Cinta itu apabila aku hanya mahu dia bahagia, walau aku berduka.
Tahu apa itu sayang? Sayang sekali jika aku dan dia hanya seketika.
Tahu apa itu jodoh? Jodoh itu rahsia-Nya.

Salam rindu.

Tuesday, January 5, 2016

Angguk Geleng

Angguk Geleng: Himpunan Kisah Dakwah SatiraAngguk Geleng: Himpunan Kisah Dakwah Satira by Pahrol Mohamad Juoi
My rating: 3 of 5 stars

Sebuah buku yang mengumpulkan kisah-kisah pendek yang penuh teladan jika kita membaca dengan pemikiran terbuka dan mendalami kisah-kisah tersebut dengan hati. Ada berpuluh-puluh kisah dalam buku ini dan ada 5 kisah yang menjadi kegemaran saya iaitu 'Dengar dengan Hati', 'Miskin kerana Malas', 'Tidak Ada Kebaikan yang Sia-sia', 'Siapa yang Kaya?' dan 'Semua ada dalam Al-Quran'. Sesuai untuk semua.

View all my reviews

Sunday, January 3, 2016

the new year dilemma

Esok dah nak keje balik. Blank. Blur. Selepas 5 hari bersuka ria tak buat apa-apa. Truth be told I'm not that excited to go back to work. I know it's not a good feeling but I can't do anything about it. I can't tell my heart to not feel what I'm feeling. My job is good. I am good. I'm not sure why I always find it difficult to insert happiness in that job + I equation. There's a few things in my new year resolution, and when I read 'em back, none of 'em include anything about work. Yeah, in my heart I know that I want to do my job better this year but that's just because I know it is something expected of me by my boss and my colleagues. I know I can't just slack myself intentionally because it will affect my colleagues, our tasks are connected with each other. To get the job done, everyone has to do their part. That I know and understand good enough.

In my new year resolutions, there's no major or 'operation-change-the-world' kind of thing. They are just small things that I want to do and I want to improve in my life. Start small but it's all workable. It's a working process. I didn't make any new year resolution last year and anything before that had probably been wiped clean from the thrash bin folder of my mind. So let's start anew. 

People expects that after a decade, I would've probably be in a safe and stable condition but honestly, I don't think I am. I know where am I at this stage and I am not quite happy about it. What has passed is passed and there's nothing I can do about it. But I can surely do something about the future. And to do something about the future is to act now. The present time.

Phases in your life, it keeps changing. In my life I have found something, I have kept something, I have discarded something, I have wasted something, I have treasured something, and I have learned a lot of things. But there's more to be found, to be kept, to be discarded, to not be wasted, to be treasured and to be learned.

I met so many things that I hate but I have to tell myself that not everything that I hate is bad for me. I found things that I love but I am reminded that not everything I love is good for me. I experienced bad and good things and I know that both have taught me new lessons.

I have a physical diary that I write on almost everyday, I also write in my Facebook yet today I am compelled to write in this blog of mine that I haven't touched since many many months ago. These things also have their own phases.... or trends, as we know it. There was the time where blogging is the 'in' thing. Then we just felt lazy to write so many things, we then just put out a line or a few words in our Facebook to tell people what we feel. Then we just too lazy to write anything at all, we only put pictures in Instagram.

I don't want to say that I'm going to do this and that. When I want to do it, I'll do it. Of course, I do plan things, but I'd rather keep some at the back of my mind and when opportunity to do it arrives or whenever it feels right, I'll do it.

About my attitude towards my job, that is something I need to dwell upon. We don't always get what we want. Sometimes we just have to grab or accept the next best thing, and hope that one day, we will get what really make us happy. For the time being, my sanity and my belief in 'keberkatan' are the things that make me stay on the track. But, having no passion is definitely going to affect me in the aspects of searching and learning and becoming better at what I am expected to do.

Perhaps if certain people get tired of me, will they see what they are supposed to see? Or am I the one who are blind of my true potential?

Sunday, May 17, 2015

dua rasa

merenung dalam-dalam
mencari dalam diam
mengintai di sebalik kata-kata
jika beroleh kucari makna

makna sebuah kejadian
makna sebuah cerita
apakah aku yang akan berubah
atau aku kah yang merubah

apapun, melengkapi itu pasti
lain sekarang dari dahulu
suatu masa akan ku fahami
biar rasa dua bertemu

170515, PDI

aku yang kebosanan

merenung-renung, memikir-mikir
mencari-cari apa yang hilang
di sana bosan, di sini lemas
di mana ada jiwa yang bebas
di ruang mana ku bisa lepas
potensi diri yang belum terjawab
menemui hati yang bisa mencakna
siapakah aku yang sebenarnya


130515, PDI

Wednesday, May 13, 2015

rasa hati

ia datang tiba-tiba
dahulu pun begitu
sekarang pun begitu
tidak ketahuan kenapa
tidak ketahuan bagaimana

mukadimahnya hikayat
penyambung semangat yang tergugat
pengakhirannya didebat
tidakku tahu tercapaikah matlamat

P.Indah 130515 2120

Wednesday, October 22, 2014

faraway love

sometimes I find myself gasping for air
and choking on words to say to you
time is running out
will I ever spend it with you

when I look into your eyes
I feel your love reverberating through my veins
warming my heart
with love, kindness and tenderness

everything happens for a reason
yet this has not stopped the pain
of having to be away
and left to face the world alone

all this time I have been strong
and I have been true
and now, I feel .... can I still continue
and wait for you?


~BSI, 221014 2337