Tuesday, August 7, 2012

monolog

Assalamualaikum

Sebulan lebih tak menulis kerana beberapa faktor. Sedikit kesibukan di satu ketika, sedikit takde mood di ketika yang lain dan sedikit writer's block selebihnya. Kehidupan berlangsung dalam ketenangan dan keributan yang datang berselang-seli. Ada masa kebosanan, ada masa kesepian, ada masa terasa tenang dalam keamanan dan kebebasan.

Dan kebanyakan masa, aku kerinduan. Subjek kerinduan yang lebih dari satu, yang pelbagai. Kerinduan yang terasa seperti menghalang kebahagiaan.

Dalam ketenangan dan keamanan, adakalanya berlaku sedikit konflik. Konflik dalaman di dalam hati dan minda yang seakan-akan sedang menentang sesuatu. Seperti sel darah putih yang menentang elemen-elemen asing di dalam tubuh badan kita membuatkan aku kadangkala demam jiwa.

Kenyataannya aku masih dalam pencarian. Pencarian satu titik arah tuju yang tidak pernah tetap di satu tempat. Pencarian diri sendiri yang hilang kerana kealpaan. Mengimbas kembali sisi samar di bawah cahaya terang. Pencarian untuk kembali kepada fitrah, bukan mudah tetapi munasabah. Malah sangat perlu.

Aku tidak perlu menulis ayat-ayat cliche. Yang pasti Dia Maha Mengetahui.



No comments:

Post a Comment

Amuse me ...