Thursday, June 2, 2011

nora elena dan soal hati

La ni popular sungguh drama bersiri Nora Elena tu yang kalau tak silap aku, diadaptasikan daripada sebuah novel. Housemate aku salah sorang peminatnya. Sampai nak beli novel tu tapi bila pegi kedai buku, asyik sold out je. Aaron Aziz pun aku rasa dah semakin bertambah-tambah peminatnya. Bertambah laku la bapa beranak dua tiga (errata thanks to Ida Jalal..:) ) itu.

Aku rasa eloklah diorang ni buat drama bersiri adaptasi dari novel banyak-banyak. Pastu ambik pelakon-pelakon hot berlakon watak utama. For sure laku cerita tu. Dan bukat setakat itu, novel tu pun mesti laku punya. Orang yang tak berapa membaca sangat pun boleh jadi terbaca. Sudah tentu statistik rakyat Malaysia membaca 2 buah buku setahun (purata) pun akan improve

Apapun, aku tak tengok pun drama ni. Bukan tak suka, tapi malas rasanya nak mengikuti. Antara sebab-sebabnya;

a. belum tentu setiap hari aku boleh mengadap TV dari pukul 7 - 8 malam.
b. aku maleh nak tengok cerita-cerita yang sarat unsur cinta cam neh...tak elok untuk kesihatan mental aku yang selalunya merindui orang yang jauh tuu.. :(
c. ceritanya; setakat yang aku tahu lah, nora elena berkahwin dengan seth kerana nak memenuhi permintaan ibu yang sakit sedangkan dia tak mencintai seth. pulak dia baru putus tunang sebab ex-tunang dia kuat cemburu kot (ehh, aku hentam saja ni...kalau salah mintak maap ye). seth tu pulak bos kat syarikat tempat dia keje kan. seth tu betul2 sayangkan nora, walaupun nora tak kisahkan dia, marah2 dia, tak layan dia dsb., dia tak pernah marahkan nora. jadinya terus kepada point kesimpulan aku....

aduhai, memang wujud barangkali kisah begini, kalau tak, orang tak buat cerita kot. ada isteri yang punya suami yang baik dan sayangkan dia, tapi dia pulak tak sayangkan suami. ada suami yang dapat isteri baik dan beriman tapi dia yang 'makan luar'. ada suami isteri yang kahwin tanpa cinta tapi akhirnya jatuh cinta selepas kahwin. ada yang jatuh cinta dulu kemudian dapat kahwin, tapi lepas kahwin tak 'ngam' pulak. soal hati, soal yang cukup subjektif dan kadang-kadang unpredictable. tak boleh nak kata "ah, aku tak hingin orang yang begini, begitu..." atau "aku nak kawen dengan orang yang begitu begini je", kerana belum tentu jodoh kita tu seperti mana yang kita nakkan.

bertuahnya mereka yang telah mempunyai pasangan dan hidup bersama di dalam ikatan yang suci. diberkati pula dengan anak-anak. yang mana belum ada, coming soon lah tu. bahagia atau tak bahagia tu...pokok pangkalnya hati....yang ditemani iman. kalau masing-masing ikhlas menerima pasangannya, menerima buruk baiknya, meredhai semuanya kerana Allah swt, insyaAllah...setiap masalah dalam perkahwinan akan dapat diatasi. ada orang jodohnya sekejap sahaja, kemudian diputuskan Allah swt, mungkin ada hikmahnya...mungkin untuk berjumpa dengan orang lain yang lebih baik. mungkin kisah lama itu berlaku supaya dapat dijadikan pengajaran untuk kisah masa depan pula.

lantas apa akan jadi kepada dua hati yang saling menyayangi ini...? 

dan aku teringat kata-kata yang lebih kurang begini....jagalah perhubungan kita dengan Allah swt, dan Allah akan menjaga perhubungan kita sesama manusia...

3 comments:

  1. tak follow sangat citer ni, baru 2,3 kali kut tengok...cuma tau update setiap episod dr twitter heronya and review dari bloggers. kalau sempat tengok kat tonton je la...btw, aaronaziz father to 3 kiddos :p

    ReplyDelete
  2. tapi kan..kalo cite dongeng xde pulak org nak tgk sgt kan?huheho
    mungkin sebab hero heroin tak bape nk ensem cantik kot=p

    ReplyDelete
  3. the entertainment business is always about looks and presentations...
    perhaps kalau pelakon2nya macam dalam citer Twilight, baru orang nak tengok citer dongeng kot..heh..

    ReplyDelete

Amuse me ...