Alhamdulillah, selepas hampir 2 minggu, usai sudah gelembung-gelembung air dan bintik-bintik hidup bermaharajalela di badan beta. Dan selama 2 minggu itulah, beta berpantang sakan. Namun, zaman kemeriahan itu tidak berlalu begitu sahaja, gelembung-gelembung dan bintik-bintik durjana itu telah meninggalkan dekorasi indah di badan dan wajah beta, aduhai...pelbagai saiz dan pelbagai warna...
Tidak dapat tidak, rejim kecantikan harus dimulakan. Bonda juga berpesan bagai, jangan ditinggalkan sepenuhnya pantang..jagalah kesihatan dan kecantikan...Bagaimanakah?
Ini tips yang dibaca di satu risalah;
a. Parut tomato atau buah epal dan sapukan ke kulit muka dan leher. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas dengan air suam. Gelatin dari tomato dan epal boleh menghilangkan kesan parut dan melembutkan kulit.
b. Campurkan serbuk kayu manis dengan bedak sejuk dan sapukan ke muka sebelum tidur.
c. Sapukan serbuk kayu gaharu (sandalwood) yang dilembapkan menjadi pes ke atas kulit.
d. Sapukan bahagian dalam kulit pisang emas ke atas kulit.
e. Ambil segenggam kacang hijau dan dijadikan serbuk kemudian dicampurkan dengan kuning telur. Kemudian sapukan ke kulit muka. Selepas 15 minit, cuci muka dengan air suam.
f. Sapukan susu segar ke muka rata-rata. Tunggu sehingga beberapa minit sehingga ia kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ulangi proses ini 2 kali seminggu.
Setiap tips di atas memerlukan proses ulangan sehingga mencapai hasil yang diingini. Mungkin boleh dicuba. Anda ada cadangan?
sapu bio oil jer senang...:)
ReplyDeletea'ah ye..boleh la cari pas ni.. :)
ReplyDelete