Monday, January 1, 2018

1: 2K18

1
Semangat itu ada. Bagai api kecil di batang mancis. Nyalanya nyata, panasnya bisa, tetapi tidak membara. Penghalang setiap kejayaan adalah si TAKUT GAGAL dan si BODOH SOMBONG. Tidak ke mana-mana jika masih tertawan dengan dua beradik itu. Dalam kepala sudah ada cerita, zahirkan sahaja cerita itu di layar hidup. Usah digebang merata, jika semangat masih sekecil api di batang mancis. Bukan semua telinga dibuat daripada emas, ada yang besi berkarat lagi mengaratkan. Carilah telinga emas yang bukan sahaja mendengar cerita, tetapi memberi nilai kepada ceritamu. Telinga emas yang mampu empati.

2
Aku pencinta setia yang bercinta dengan Sang Penguji. Cinta Penguji mengajar setiap neuron otakku pengalaman. Cinta Penguji mencabar intelektual, menggegar iman. Memberi makna baru kepada Harapan, Seiring Sejalan dan Kesabaran. Cinta yang benar tiada pengakhiran, hanya perjalanan menuju Keabadian. Dalam perjalanan ranjau tidak terkira, mencari berkat Yang Maha Esa. Semoga bertemu keabadian cintaku dalam keberkatanNya sebelum aku menutup mata.

Wednesday, July 5, 2017

Catching up for lost times...sort of...

Dah lama tak buka blog sendiri. Sekarang ni kan zaman Facebook, Twitter dan Instagram.... dan macam-macam lagi seperti Snapchat, Facetime, Telegram, Wechat tapi bagi aku, aku hanya pengguna tegar fb dan insta sahaja. Lebih luas capaian, lebih popular, lebih mesra pengguna, lebih cepat dapat response, lebih banyak kemudahan dan banyak lagi kelebihan. Blog ni orang dah tak pandang (tu kata aku...). Tiba-tiba teringat pulak kat blog sendiri dan rindu pula nak menulis. Tapi sekarang ni, nak menulis dah semakin susah jadinya. Baru taip sepatah dua ayat, terus otak jadi 'blank' ... writer's block kata aku... Entah kenapa..kalau dulu-dulu tu, suka benor menulis, mudah je keluar ayat-ayat tu walaupun kadang-kadang topiknya entah apa apa... Bila baca hasil tulisan dulu-dulu tu, ada yang aku nak tergelak, ada yang aku rasa macam nak 'delete', ada yang aku kagum...eh, riak pulak ... macam-macam. Inilah fasa kehidupan, zaman yang berubah, dari belajar, bekerja, bercinta, putus cinta, perubahan tanggungjawab dan komitmen...semua tu jadi faktor. Lokasi pun berubah-ubah, 'habit' berubah, minat berubah.

Apapun blog ku ini, walaupun bukannya femes macam blog orang lain, isi pun cerita hal sendiri je, aku masih sayang. Walaupun pembacanya hanya aku sorang sekalipun, buat masa ni, biarlah dia di alam maya ini. Mana tahu, minat menulis akan kembali pada diri ini. Sekian.

Thursday, February 2, 2017

My Goodreads Review Bercinta Sampai Syurga

Bercinta Sampai SyurgaBercinta Sampai Syurga by Nik Raihan
My rating: 3 of 5 stars

Kisah benar yang diceritakan oleh seorang suami dan bapa yang menjaga isterinya yang lumpuh sebelah badan setelah diserang sejenis penyakit yang jarang ditemui. Ia penuh dengan panduan berguna untuk pasangan yang melayari bahtera rumah tangga. Ia juga penuh dengan iktibar dan apabila selesai membaca buku ini, wujud kesedaran baru pada diri pembaca tentang apakah makna cinta yang sebenarnya.

View all my reviews

Tuesday, December 27, 2016

My Goodreads Review How I Became An Online Freelancer

How I Became an Online FreelancerHow I Became an Online Freelancer by Azlina Abdul Jalil
My rating: 4 of 5 stars

Upon finding this title on a bookshelf in MPH, I knew I had to read it because I am looking forward to become an online freelancer myself. Ms. Azlina's accounts on her path in becoming an online translator is very interesting to read and they provide many useful points for me to remember. The small and handy book (more like a booklet) makes it really convenient to read during my daily train rides. Recommended for those who specifically looking for guides on this topic.

View all my reviews

Thursday, August 4, 2016

My Goodreads Review Teh Tarik Nasi Arab

Teh Tarik Nasi ArabTeh Tarik Nasi Arab by Imam Muda Hassan
My rating: 2 of 5 stars

Pada mulanya ingatkan ia adalah satu olahan penulisan yang lebih menceritakan pengalaman penulis ketika berkelana ke negara-negara Arab dan pelajaran yang didapati daripadanya. Apapun ia tetap menarik untuk dibaca. Penulisan yang membincangkan isu akidah yang sentiasa relevan dalam kehidupan masa kini.

View all my reviews

Tuesday, July 19, 2016

Need a boost on your own financial management?

Zero HutangZero Hutang by Mohd Zulkifli Shafie
My rating: 3 of 5 stars

Perkongsian pengalaman dan ilmu yang berguna dan mampu membangkitkan semangat untuk mula merancang kewangan peribadi.

View all my reviews

Monday, July 11, 2016

My Goodreads Review Komik Tazkirag Tok Guru

Komik Tazkirah Tok GuruKomik Tazkirah Tok Guru by Nik Abdul Aziz Nik Mat
My rating: 3 of 5 stars

Mantap. Kata-kata hikmah daripada Allahyarham TGNA yang disampaikan dalam bentuk komik yang mudah dicerna oleh setiap golongan dan penampilan juga menarik.

View all my reviews

Wednesday, June 8, 2016

learn all the good things

Tun M: Inilah PerjuanganTun M: Inilah Perjuangan by Sabaruddin Hussein
My rating: 4 of 5 stars

Ia merupakan catatan seorang penulis sepanjang proses mewawancara Tun untuk menghasilkan sebuah buku yang lain. Namun ia banyak memberikan pendedahan tentang bagaimana sikap dan peribadi seorang tokoh dalam menghadapi tugas hariannya. People can agree or disagree to his ideas but a lot of goodness can be learned from his ethics. Banyak yang boleh dijadikan iktibar dan banyak perkara yang kita akui kebenarannya.

View all my reviews

Monday, April 18, 2016

Fitnah Terhadap Sahabat Rasulullah seperti yang dijelaskan oleh Dr. MAZA

Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah : Merungkai Kontroversi Menyingkap RealitiFitnah terhadap Sahabat Rasulullah : Merungkai Kontroversi Menyingkap Realiti by Mohd Asri Zainul Abidin
My rating: 5 of 5 stars

Sebenarnya aku selalu tertanya-tanya, kenapa orang Islam ada yang berfahaman Sunni dan ada yang berfahaman Syiah ... Kenapa Khalifah Uthman dibunuh? Kenapa Sayidina Ali dan Sayidatina Aisyah berperang antara satu sama lain? Kenapa kepimpinan Khalifah Uthman dikatakan lemah? Hati ini tidak mahu mempercayainya kerana logik akal mengatakan mana mungkin sahabat Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga dikata sebegini... Nah, seperti judulnya, isi kandungan buku ini sememangnya merungkai kontroversi dan menyingkap realiti ... betapa dahsyatnya fitnah yang dilemparkan sehingga umat Islam sekarang yang kebanyakannya lemah minda (seperti aku) tidak mengetahui atau malas nak mengkaji sejarah yang sebenarnya. Buku yang tidaklah terlalu tebal mudah dibaca dan dihadam dan dijadikan pencetus semangat untuk membaca kupasan lain yang dengan lebih mendalam in shaa Allah...

View all my reviews

Wednesday, April 6, 2016

Travelog Mr. Traveller

Travelog Mr. TravellerTravelog Mr. Traveller by Meor Farid Asyradi
My rating: 3 of 5 stars

"Dengan Lafaz Basmalah Aku Menjelajah" ... aku memang suka baca travelogue atau cerita kembara orang lain terutamanya catatan pengembaraan orang Islam ke negara asing kerana banyak yang boleh aku belajar daripadanya. Pengalaman mereka boleh dijadikan panduan jika aku punya rezeki untuk mengembara suatu masa nanti. Subhanallah, pengalaman Radi sangat best! Semuanya dengan kurnia dan rahmatNya. Baca je lah kalau nak tahu betapa bestnya kembara mahasiswa Sains Politik Islam yang fasih bertutur bahasa Arab ini. Oh ya, buku ini aku beli special sikit sebab ditandatangani oleh Radi sendiri ...cuma, kan lebih baik kalau gambar-gambar yang dilampirkan dalam buku ini semuanya berwarna, tidaklah hitam putih semuanya..

View all my reviews