Perkara paling biasa orang buat bila dia dah lama tak menulis dalam blog dia pastu tiba-tiba mula nak tulis balik adalah .... menulis bahawa betapa lama dia tak menulis dalam blog dia dan sekarang dia nak mula balik, hahaha!
Dan, worst case scenario adalah lepas tulis macam tu, blog dia terabai lagi buat beberapa zaman pastu bila dia rasa nak menulis balik, sekali lagi dia tulis benda yang sama ... haha ...
Well, motif aku memang itulah ... nak cakap yang aktiviti menulis aku sekarang ni dah semakin berkurangan. Bila aku fikirkan balik apa sebab dia, sibukkah aku? Tak jugak, walaupun begitu memang ada masa-masanya memang aku sibuk, tapi bukannya aku tak ada masa free langsung. Dah tak berminatkah aku? Tak jugak, walaupun aku selalu je 'bermimpi' nak menulis tapi tak tulis-tulis jugak. Bukannya aku tak menjenguk blog aku langsung, adaaa .... tapi ada la beberapa kes, sudah aku tulis beberapa ayat tetapi akhirnya delete balik sebab rasa tak kena, tak jujur dan tak terfikir apa-apa ... writer's block la lebih kurang. Tapi yang nyatanya, aku tak ada INSPIRASI.
Hidup ini dah seakan menjadi satu garisan monotone yang membosankan.
Apapun, ini tidak boleh dibiarkan. Jangan biarkan kebosanan meracuni cara kita menjalani kehidupan kita. Inspirasi harus dicari. Ia nadi hidup, ia membuatkan jantung kita berdegup untuk sesuatu makna. Apakah aku akan konsisten menulis selepas ini? Aku tidak tahu. Tapi yang pasti, aku harus sentiasa cuba mengasah minda ku yang terasa sejak akhir-akhirnya semakin kelu dan tumpul.
So, yes ... congratulations to myself for able to post this one up! Sebelum itu, aku dah tukar URL blog ni daripada 2010rantings.blogspot.com kepada dreamermuse.blogspot.com. Namun lepas menggodek-godek setting, aku dapati aku dah hilang senarai blog-blog kawan-kawan yang aku ikuti sebelum ini. Dah satu kerja nak cari balik dan list balik. Ok, takpelah ... pelan-pelan mula balik.
So again, .... congratulations to myself!
No comments:
Post a Comment
Amuse me ...