Friday, February 15, 2013

kalau boleh ingin ku kemas bilik itu ...

kalau boleh ...

kalau boleh ingin ku kemas bilik itu
bilik yang utama tetapi tidak seumpama nama

kalau boleh ingin ku kemas timbunan itu
kertas-kertas boleh diguna semula

kalau boleh ingin ku kemas fail-fail itu
menimbun menyemak di atas meja
seolah tiada tempat simpanannya

kalau boleh ingin ku syarahi pemiliknya
kalau boleh aku fahami sikapnya
tidak teraturkah?
tidak pedulikah?
tidak tahukah?

kalau boleh aku tahan kegeramanku
melihat bilik yang tidak tersusun
kalau boleh ingin ku kemas bilik itu
kalau boleh
kalau boleh ...


The dreamer©2013
pmtwu, 11.30pg

No comments:

Post a Comment

Amuse me ...