....ahhh, apakah sebenarnya perasaan ini? kenapa aku berperasaan sebegini?
benar, ketika ini ada perkara yang mengganggu jiwa. dan aku tahu, sebahagian daripadanya dicetuskan oleh kekurangan aku sendiri juga...tetapi aku tahu ia boleh diatasi, dengan sedikit kesabaran dan elaun masa..tetapi, aku bukannya nak cerita pasal perkara yang mengganggu ketenangan jiwa aku itu...
aku sebenarnya memikirkan orang yang aku ceritakan permasalahan aku itu...kerana aku bukan jenis suka cerita sebarangan je...menganalisa tindakan aku sendiri, pastinya orang itu aku percaya sungguh2, pastinya orang itu ada integriti. akta rahsia rasmi dan tidak rasmi. semua dia boleh simpan. semua dia boleh serap. dan semua dia boleh cernakan dan cuba pula nak membantu aku. sungguh2. dia risau akan aku. bukan sekali dua. dari mula aku kenal hingga sekarang. dia memang sentiasa bersama aku, apa masalahku, menjadi masalahnya juga. dan dia sentiasa cuba menolong, walaupun ada antaranya bukan bidang dia. bila dia tak dapat tolong, dia bagi semangat kat aku, berusaha menceriakan aku dan menasihati aku. sentiasa buatkan aku berfikir ke depan. bukan saja untuk masa sekarang.
kadang-kadang aku segan nak cerita sesuatu masalah. sebab aku takut dia berubah fikiran terhadap aku. tapi dia meyakinkan aku, perasaannya tidak berubah. dia tidak mahu melihat aku bersedih. kerana dia akan sedih juga. itu yang dia selalu kata.
aku bersyukur aku mengenali dia. tapi dia juga satu dugaan. hanya Allah swt yang tahu...bagaimana nasib kami nanti. tapi aku harus berusaha. kerana aku tidak dapat menipu hati sendiri. aku sentiasa ingin berada dalam keredhaanNya, namun aku sentiasa berjuang. sungguh, hidup itu perjuangan...perjuangan untuk nikmat yang sedikit di bumi supaya dapat merasai nikmat di sana..pernyataan itu bagaikan satu motivasi...
sesungguhnya aku tersentuh, dengan sentuhannya...
aku ingin menggembirakan hatiku, kerana ia akan menggembirakannya, dan aku gembira apabila dia gembira
aku akan menyelesaikan masalahku
semoga dipermudahkan olehNya
seakan memahami kata hatimu..caiyok2
ReplyDelete