kakiwayang.com |
Namun...secara keseluruhannya, filem ni biasa-biasa je. Alamak...Toyol! adalah bergenre komedi tetapi bagi aku, bolehlah gelak sikit-sikit tapi tak sampai pecah panggung perut. Pengalaman menontonnya..hmm, agak menghiburkan tetapi adakalanya aku rasa tak sabar nak tunggu ceritanya habis. Macam bosan sikit. OK, itu secara keseluruhan. Seterusnya ....
Ringkasan jalan cerita
Pak Umar nak bela toyol supaya dia boleh cepat kaya. Dia beli toyol yang paling murah je dan rupanya tak berbaloi. Disebabkan perjanjian yang telah dipersetujui, Pak Umar tak dapat 'refund' balik toyol tersebut, maka terpaksalah Pak Umar cari pengganti. Fakhrul dan Kudin pula adalah 2 orang pencuri dan peragut yang tidak kompeten dan sentiasa bernasib malang. Suatu hari mereka terjumpa dengan Pak Umar dan dipendekkan cerita mereka mengambil Toyol untuk kepentingan mereka. Dan selepas itu bermulalah episod-episod malang seterusnya bagi Fakhrul dan Kudin bersama toyol mereka yang tidak pandai mencuri itu. Dalam kes yang lain. Farah adalah pembantu kepada Daniel di sebuah syarikat. Suatu hari Farah dapat tahu rahsia hitam Daniel dan cuba untuk membongkarnya tetapi tidak berjaya. Sebaliknya, tindakannya itu meletakkan nyawanya di dalam bahaya kerana konco-konco Daniel memburu Farah untuk membunuhnya. Dalam satu insiden, Fakhrul, Kudin, Toyol dan Farah bertemu. Fakhrul dan Kudin ingin memulangkan Toyol kepada Pak Umar lalu mereka semua mencarinya. Setelah berjumpa, dan berjaya memaksa Pak Umar untuk menerima Toyol kembali, Farah telah diculik oleh si konco-konco. Terus tak jadi pindah. Akhirnya mereka bersatu untuk menyelamatkan Farah. Berjaya atau tidak usaha mereka itu, dan akhirnya milik siapakah toyol itu, boleh tengoklah filemnya.
Jalan cerita, boleh tahan. Pelaksanaan jalan cerita, hmmmmm.
Lakonan
Lakonan adik Toyol boleh dipujilah sebab walaupun dia tak ada dialog pun, gaya dan mimik mukanya berjaya menyampaikan karakter. Lakonan aktor-aktor lain secara individu sebenarnya ok juga. Tetapi entah kenapa tidak ada yang berkesan di hati. Aku berkata sedemikian sebab mungkin aku mengharapkan cerita itu sangat kelakar tetapi hasilnya taklah kelakar sangat. Mungkin juga kerana tiada 'punchline' yang betul-betul berkesan. Mungkin juga kerana elemen-elemen lawak yang ditunjukkan dah ketinggalan zaman.
Apapun, filem ini adalah filem komedi ringan yang 'nonsense', dan kesannya bergantung kepada tahap ke'sensitif'an anda terhadap lawak jenaka. Tiada mesej yang jelas di dalam cerita melainkansekadar untuk dijadikan sebab, jangan bela toyol kerana ia menyusahkan anda je.
Sekurang-kurangnya, solekan adik Toyol tu boleh dipuji...
Last but not least. the ewww parts...(takde pun takpe lahh) :
a. Adik Toyol menghisap puting Fakhrul
b. Aksi 18SX di rumah Farah, apabila Farah terkejut tengok toyol di depan mata...
...mengenangkan Toyol tu dilakonkan oleh seorang kanak-kanak, aku jadi tak sanggup kadang-kadang nak tengok scenes tersebut..(walaupun point (b) tu takdelah budak tu betul2 tengok ye tak...)
Please...please...i wish for something that could make me go "Wow, this is so funny, yet so brilliant!!".
Apapun, filem ini adalah filem komedi ringan yang 'nonsense', dan kesannya bergantung kepada tahap ke'sensitif'an anda terhadap lawak jenaka. Tiada mesej yang jelas di dalam cerita melainkan
Sekurang-kurangnya, solekan adik Toyol tu boleh dipuji...
Last but not least. the ewww parts...(takde pun takpe lahh) :
a. Adik Toyol menghisap puting Fakhrul
b. Aksi 18SX di rumah Farah, apabila Farah terkejut tengok toyol di depan mata...
...mengenangkan Toyol tu dilakonkan oleh seorang kanak-kanak, aku jadi tak sanggup kadang-kadang nak tengok scenes tersebut..(walaupun point (b) tu takdelah budak tu betul2 tengok ye tak...)
Please...please...i wish for something that could make me go "Wow, this is so funny, yet so brilliant!!".