Sumber: USGS |
(Penafian: Artikel di bawah ditulis berdasarkan sudut pandangan penulis serta pengetahuan sedia ada beliau. Artikel ini tidak bertujuan menjadi jurucakap bagi mana-mana pihak selain penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana institusi dan agensi yang dinyatakan di dalam artikel ini.)
Pada jam 1.46 tengahari waktu Malaysia (0546 GMT), 11 Mac 2011, telah berlaku satu gempa bumi kuat yang bermagnitud 8.9 pada skala Richter di luar pantai Honshu, Jepun, 130 km dari daerah Sendai. Gempa bumi telah dirasai hampir di keseluruhan negara Jepun dengan skala intensiti tertinggi direkodkan adalah 6 upper. Bagi negara Jepun, skala intensiti 6 upper yang merupakan skala kedua tertinggi di dalam kriteria skala intensiti Jepun.
Skala Intensiti Gempa. Sumber: JMA |
Gempa bumi dengan kedalaman hanya 24 km dari permukaan bumi dan berlaku pula di kawasan perairan itu menyebabkan berlakunya tsunami di perairan Jepun. Sehingga waktu artikel ini ditulis, tsunami telah dikesan berlaku di kawasan berhampiran perairan Jepun berhadapan Lautan Pasifik dengan ketinggian gelombang tsunami yang mencapai hampir 10 m. Antara kawasan paling awal dilanda tsunami adalah Sendai dan Miyagi yang merupakan antara kawasan paling hampir dengan pusat gempa (epicenter) tersebut. Tsunami tersebut turut menjadi fenomena global apabila ia turut melanda beberapa kawasan perairan pantai barat Amerika Utara dan Hawaii. Pihak-pihak berkuasa telahpun menyebarkan nasihat dan amaran yang berkaitan ke pusat-pusat amaran awal tsunami di sekitar Lautan Pasifik.
Walaupun perairan Malaysia agak kurang terdedah dengan ancaman tsunami yang berpunca dari gempa bumi di epicenter tersebut namun terdapat pelbagai faktor dapat memungkinkan kesan-kesan yang bakal terjadi bergantung kepada magnitud gempa, ciri-ciri bathymetry di dasar laut serta bentuk muka bumi di antara sempadan lautan dan daratan dan lain-lain lagi. Oleh itu, Jabatan Meteorologi Malaysia sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam menyebarkan amaran tsunami telah mengambil langkah segera bagi memantau perkembangan dan menganalisa keadaan tersebut mengikut kemampuan yang sedia ada. Segala maklumat berkaitan telah disampaikan kepada media massa dan turut disebarkan kepada umum melalui laman sesawangnya di http://www.met.gov.my dan laman sosial Facebook dan Twitter.
Jika kita mengikuti liputan berita di televisyen, pasti kita dapat melihat bagaimana ganasnya tsunami melanda kawasan terbabit. Dijana oleh kekuatan tenaga yang amat tinggi merangkumi keseluruhan bahagian air (water column), tsunami tersebut dapat menenggelamkan kawasan daratan sehingga beberapa kilometer jaraknya dari pesisiran pantai dan membawa bersama serpihan-serpihan struktur, bot-bot dan kapal-kapal dan apa juga yang berada di laluannya. Bahaya tsunami bukan sahaja terletak pada kekuatan arusnya yang luar biasa, tetapi juga serpihan-serpihan yang turut dibawa bersama.
Negara Jepun yang terletak di kawasan pertembungan beberapa kepingan tektonik yang sangat aktif dan kompleks, sememangnya telah terdedah kepada bencana seumpama ini sejak berkurun-kurun lamanya. Namun, bencana yang mempunyai kekuatan setinggi ini biasanya berlaku dalam selang waktu yang lama, sekurang-kurangnya sekali dalam 100 tahun. Namun dalam sehari, negara ini sentiasa menghadapi sehingga ratusan gegaran gempa yang bermagnitud rendah yang mana ada di antaranya tidak dapat dirasai sama sekali di permukaan bumi.
Lantaran itu, negara ini telah membangunkan pelbagai teknologi bagi membantu rakyat mereka menghadapi bencana ini dengan lebih baik dan untuk mengurangkan kesan dan impak bencana yang dihadapi. Dikatakan, atas usaha-usaha tersebut itulah, kadar kematian dan kerosakan dihadapi adalah kurang daripada yang mungkin terjadi sekiranya sebaliknya. Namun, tidak dapat tidak, negara dan rakyat Jepun pastinya bukan kebal untuk menghadapi kuasa Tuhan yang didatangkan oleh-Nya dengan skala yang amat besar.
On a more personal note...
Ever since I knew about the above calamity, I have been worried for the safety of the people that I know there, including my colleagues and the people that I had met when I was in training there a couple of years back. Alhamdulillah, most of them are safe after experiencing perhaps the scariest moments of their life, what's with all the countless foreshocks and aftershocks in between the main shock that proved to be the largest to occur in the last century. My mind is somewhat transported back to the days where I visited the Sanriku area, which is the main area affected by this latest disaster. I still remember all the beautiful dan peaceful places there, the people that I've met, and I wonder, what has become of them. My dear Japanese friend whom I managed to contact by e-mail (and thank God he is safe too..) said that those places have been devastated by the tsunami.
With the spirit of global friendship and humanity, I do hope that the country and its people will be able to stay strong and rise up after this awful mess. Let us hope for the best.
nicely written :)
ReplyDeleteit really shrugged the whole world.Hope friends there keep strong n safe.InsyaAllah.Amin.
twin disaster..kini ancaman bencana nuklear..bolehkah teknologi yg mereka ada mengawal keadaan ini daripada bertambah buruk? Let's pray that it won't get much worse...
ReplyDelete