Thursday, October 14, 2010

Theater : Muzikal Tun Mahathir

(Tulisan ni dah lama terperap dalam draft tapi baru ada masa nak tengok balik dan publish...)

Apa kes?
Pengalaman pertama menonton teater muzikal di Istana Budaya. 

Apa cerita?
Muzikal Tun Mahathir.

Dengan siapa?
Adinda ku yang tercinta yang ku heret saja. Ternyata beliau boleh me'layan'nya..hehe

Apa yang 'besh'?
Teruja. Pertama kali menonton teater semasa di USM, itu pun kalau tak silap produksi student sendiri. Tapi ini kali pertama menonton sebuah produksi besar di Istana Budaya dengan cerita mengenai seorang tokoh negara. Dan ramai pelakon 'silverscreen' dan 'small screen' yang dikenali. Lagu-lagunya sedap didengar. 

Apa yang 'kureng'?
Tak dapat tiket 'besh'. Dapat seat kat Upper Circle, bila duduk macam biasa tak dapat tengok keseluruhan pentas dan screen besar di belakangnya. Last-last kena duduk condong ke depan, nasib baik kat barisan depan, ada tempat nak letak siku. Bila duduk macam tu, baru lah dapat tengok pentas sampai ke bahagian paling depan, tapi screen tu dapat tengok 60% je kot.

Adinda di IB

Alkisah...?
Oklah, sebab cerita dia pasal Tun Mahathir, ceritanya bermula dari zaman Tun dilahirkan, semasa budak-budak, ketika di kolej hinggalah ke zaman universiti. Tang menariknya masa zaman universiti tu masa percintaan Tun M dan Tun SH...(betui ka Tun M dulu meng'ayat' cam gitu sekali..? hehe). Apapun, persembahan Zizan Nin dan Erra Fazira masa tu kiut sekali. Pastu masuk lah bab bekerja di Klinik Maha dan akhirnya tiba lah zaman penglibatan politik. Masa ni Zizan Nin dah bertukar menjadi Esma Daniel. Adakalanya aku rasa loghat Kedah Esma tak berapa menjadi, tapi bila babak Tun M ditemuramah wartawan dalam satu wawancara tv, aku rasa cara dia bercakap begitu sebijik sekali dengan Tun (agaknya dia berlatih tang situ lebih sikit kot). Sesetengah babak tak diceritakan melalui dialog tetapi melalui lagu dengan lirik yang merangkumi keseluruhan episod babak itu secara simbolik. Contohnya ada satu babak berkenaan hubungan Tun M dengan timbalan-timbalannya...hmm...Tang politik-politik ni cek kureng sikit noo..

Apapun, oklah..ia adalah suatu cerita yang menarik dan pengalaman yang menarik juga...Cuma, kalau dapat tempat duduk yang lebih munasabah, dapat le menghayati cerita dengan lebih baik rasanya. Aku minat tengok teater dan lain kali bila ada masa dan bila ada cerita yang dirasakan best, aku akan tengok lagi.

Akan datang?!

1 comment:

Amuse me ...